Jumaat, 17 Februari 2012

Home » , » Telekung terpakai untuk diderma

Telekung terpakai untuk diderma




Salam bahagia,


JIka ada telekung terpakai @ telekung lama dan masih dalam keadaan BAIK, daripada terbiar jer dalam lemari.. apa kata sedekah kan. Insya Allah, ada manafaatnya untuk orang lain. 







Assalamualaikum, sebar-sebarkan, pasti di rumah kita ada telekung terpakai yg masih elok dan tidak digunakan. Jika sudi, berikanlah telekung itu kepada pihak TP utk kami manfaatkan kegunaannya daripada ianya tersimpan. Jika ada yg sudi bekalkan yg baru juga kami terima dengan hati yg gembira. Telekung yang diberikan akan kami 'tag'kan dgn logo project kami dan kami akan bergerak dari wakaf ke wakaf utk kami bantu telekung-telekung wakaf yg tidak terbela nasibnya. Caranya mudah saja, kami gantikan telekung wakaf yg uzur dgn telekung yg telah ditagkan dan kami bawa pulang telekung wakaf utk kami rawat dan cuci. Selepas telekung wakaf kembali bersih, kami akan letakkan semula telekung wakaf utk ia menyambung khidmatnya dan telekung project akan kami bawa pulang utk dirawat dan diletakkan diwakaf lain pula...... Sokonglah kami walaupun hanya dgn sepasang telekung daripada anda semua, ianya sgt bermakna buat kami di keluarga TELEKUNG PROJECT.....

Salam ikhlas, 
ADMIN TP
AZILA AZIZ


Ada banyak lagi aktiviti di Telekung projek.. yuk join sama.. mana tahu kan.. sedikit bantuan kita meringankan beban mereka yang memerlukan.



nota :

teringat masa di kampus dulu.. kadang-kadang saya dan beberapa orang kawan akan buat projek 'cuci telekung' yang terdapat di surau-surau yang terdapat di bangunan Sekolah (Universiti lain panggil fakulti, tapi UUM panggil 'sekolah'). Saya selalu solat di bangunan Sekolah Perakaunan, jadi dalam tempoh 2 minggu memang ada lah telekung yang akan dibawa balik ke kolej kediaman untuk dicuci. Bukan lah tugas yang berat pun, sekadar mencuci sepasang telekung. Tetiba terasa rindu dengan alam pengajian. Ada banyak perkara yang saya dah lupa.. jika teringat saya cuba untuk menulis/mencatatnya kembali.



..






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...