Rabu, 29 Februari 2012

Home » , , » Jadi bodoh dan hilang jatidiri kerana dibomohkan

Jadi bodoh dan hilang jatidiri kerana dibomohkan




Salam bahagia,




gambar hiasan ajer... awan tebal yang memutih 




baru-baru ni saya berbual dengan seorang ibu ni...


dia bercerita, anak nya berkahwin dengan lelaki tanpa restunya.. belum pun setahun.

dan lelaki itu (si suami anaknya) itu telah membomohkan anaknya... 

sehingga anaknya jadi seperti bodoh.. lupa pada si ibu.. sikap yang lemah lembut juga telah berubah..

si lelaki itu khabarnya tidak bekerja.. dan menurut si ibu, sedikit demi sedikit duit anaknya diambil oleh si lelaki.. dah tak kerja, duit sapa lagi kan dia nak kebas.

si anak boleh dikatakan berharta lah jugak.. untuk seorang yang berusia lewat 30'an.. dia punya sebuah kereta dan 2 buah rumah.  

si anak adalah seorang kakitangan awam.. 

menurut si ibu, jika di tempat kerja, si anak boleh ingat pada si ibu.. berada dalam keadaan sedar, dan mampu mengawal diri.. namun sebaik pulang ke rumah sikapnya terus jadi seperti orang bodoh..

si ibu telah berusaha mencari penawar dan berubat ke sana ke mari.. hatta, sudah juga ke Darul Syifa', dan berjumpa dengan beberapa orang ustaz.. si ibu juga sudah puas solat hajat.. namun belum menampakkan apa-apa perubahan.. memang sudah berhabis ribuan wangringgit untuk mencari penawarnya.

jika ikut 'scan' dari ustaz-ustaz yang ditemui -- si suami menggunakan khidmat bomoh sakai.. bukan satu tapi EMPAT... 


Saya ni kan.. bila dengor 'bomoh sakai' ni memang saya gerun sikit.. yer lah, kita sepatutnya gerun pada Allah swt sahaja, namun telah banyak kesah yang saya dengar tentang bomoh sakai ni... 

ada orang guna khidmat bomoh sakai ni untuk pecah-belahkan hubungan seperti hubungan adik-beradik, hubungan suami isteri... dan macam-macam lagi lah.. 


saya kasihan dengan anak si makcik tu... kasihan dia diperbodohkan sedemikian rupa oleh si suami.. dia dikawal sepenuhnya oleh suami nya, ibarat 'lembu diikat tali dihidungnya'... Masya Allah.. saya takut membayangkan keadaan begitu..  

kasihan juga dengan makcik tu, sudah kering airmatanya mengenang nasib si anak.. saya dapat merasai kesedihan hati seorang ibu yang 'kehilangan' seorang anak. 


Saya sebenarnya agak terkejut bila si ibu meluahkan -- "anak-anak boleh lupakan ibunya kerana seorang lelaki yang baru dikenali.. "  [makcik ni memang ramai anak perempuan]

namun setelah saya mendengar kesah dan fakta2 kejadian... Allahu Akhbar..si anak mungkin telah tersilap langkah berkenalan dengan si lelaki.. namun segala-galanya telah Allah izinkan ia berlaku.. pasti ada hikmah disebaliknya..


Saya bukannya pandai nak menasihatkan orang.. namun dalam keadaan begini... sebagai ibu, terus lah berdoa yang baik-baik untuk anak-anak, semoga anak terus berada dalam rahmatNya.. maafkan lah anak jika anak pernah lakukan kesalahan dibawah sedarnya.. 


doa saya, semoga si ibu tidak putus asa mencari penawar nya dan semoga terus tabah.


p/s
selagi manusia ni punya sikap tamak haloba, nak hidup senang dengan cara mudah, iman tidak diletak pada tempatnya.... maka fenomena berbomoh ni takkan pernah surut..  banyak jugak kes macam ni, suami bomohkan isteri dan bila diselidik, suami memang tak bekerja dan kerjanya hanya mengikis duit/harta isteri ajer..  

apa kata anda??



..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...