Isnin, 28 November 2011

Home » , , » Bergaduh adik-beradik jangan lah sampai main-main dengan pisau

Bergaduh adik-beradik jangan lah sampai main-main dengan pisau





Salam bahagia,


Saya kan pisau-pisau di dapur memang saya semahunya nak simpan sorok-sorok.. Risau jer kalo ternampak pisau besor potong daging tu tertayang-tayang... ngeri.. worried Lebih lagi anak-anak saya pun kecik-kecik lagi, jadi barang-barang yang tajam memang disorok dari pandangan.

Dan satu lagi, bila anak-anak bergaduh (anak saya semua kategori umur pra-sekolah) saya pastikan depa tak bergaduh yang 'heavy-metal'.. even kalo main tarik2 rambut pun, saya akan cuba pastikan depa tak buat lagi.. bukan apa, riso ajer kan kalo anak-anak dah terbiasa bergaduh ala2 ganas nih.. straight face bahaya.. kesannya pada masa depan nanti. Kalo boleh kita nak anak-anak ni saling sayang-menyayangi sampai ke tua kan.. thumbs up


Sedih pulak saya bila baca berita nih...sad  semoga dijauhkan hal seperti ini dalam keluarga saya.


pic ni saya google
jangan buang kasih-sayang sesama kita






Cabut nyawa abang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Senja berdarah. Itulah gambaran tragedi seorang lelaki berusia 21 tahun yang menikam abang kandungnya sendiri di depan ibu dan bapa mereka di rumah keluarga berkenaan di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, di sini, kelmarin.

Difahamkan, pergaduhan antara dua beradik berusia 21 dan 28 tahun pada kira-kira jam 6 petang itu berpunca daripada masalah keluarga yang dikatakan turut berkaitan dengan faktor kewangan.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini oleh keluarganya, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian manakala adiknya ditahan polis di rumahnya dalam keadaan kebingungan.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa dan suspek masing-masing anak keenam dan ketujuh daripada 11 beradik itu bertengkar di ruang tamu rumah mereka.

“Ketika kejadian, ibu dan bapa mereka serta seorang anak saudara berusia empat tahun ada bersama. Usaha meleraikan pertelingkahan antara dua beradik oleh ibu dan bapa mereka gagal biarpun beberapa kali mencuba,” katanya.

Menurutnya, suspek yang hilang pertimbangan bergegas ke dapur dan kembali semula ke ruang tamu dengan membawa pisau lalu terus menikam perut abangnya, ” katanya.

Sumber itu berkata, akibat tikaman berkenaan, mangsa rebah ke lantai manakala suspek yang kebingungan hanya mampu terduduk seperti menyesali perbuatannya.

“Melihat darah memenuhi badan dan pakaian seorang daripada anak mereka, si ibu rebah sebelum si bapa bergegas mendapatkan bantuan jiran dan membawa mangsa ke hospital.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek yang ‘kebingungan’ dalam rumah berkenaan. Abangnya pula disahkan meninggal dunia di PPUM kira-kira jam 8 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan penahanan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 3 Disember ini.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


13 ulasan:

  1. ada baca gak td kakyong. Ngeri kan. Pasti menyesal tak sudah adik dia tu.

    BalasPadam
  2. semakin banyak kes keluarga bergaduh sampai ada kematian. kalau anak2 masa kecik bergaduh memang dah biasa. mudahan dijauhkan. insyaAllah.

    BalasPadam
  3. Yong..kalau dah tak boleh kawal kemarahan..takut kan yong..semoga anak2 kita sentiasa berkasih syang..

    BalasPadam
  4. salam kak yong memang sadis , umur pun dah dewasa kan , .. hurm minta di jauhkan lah

    BalasPadam
  5. memang ngeri kalau berlaku depan mata
    sesal kemudian tah tak berguna
    sebab tu la kita dituntuk supaya sentiasa bersabar

    BalasPadam
  6. @~ yus ~ memang betul yus.. menyesal dah tak guna.. nyawa bukan boleh ditukar ganti , jgn la main2.. bahaya sungguh bila marah sampai x terkawal...

    BalasPadam
  7. @Denaihati anak2 kecil ygbergadh biasa2 tu x apa lagi.. tp jika adik-beradik dah biasa bergaduh ala2 ganas ni, bila besor sampai bertumbuk nih.. harus lah mak ayah bg nasihat kan.. jgn sampai terjadi kejadian begini.. menyesal dah tak berguna lagi..

    BalasPadam
  8. @Acik Erna kdg2 kan kak.. org yg jrg marah ni, sekali marah , kemarahan nya buleh jadi tak terkawal.. entahlah, ini pun kes 'gunung berapi dah lama pendam, sekali meletus.. nyawa melayang"

    BalasPadam
  9. @puanbee memang, mohon dijauhkan kita dr hal2 mcm nih... bergaduh tu pun tak boleh.. tp jgn sampai menyakiti sesama sendiri secara fizikal..

    BalasPadam
  10. @tehr betul tu.. jika tak puashati.. elok lah berbincang kan.. bukannya bergaduh sampai membunuh... walaupun dikatakan tidak berniat.. tp jika sudah ambil pisau & mencederakan... hmmm

    BalasPadam
  11. aihh...itulah, zaman skrg ni cepat benor org melatah...gaduh sket keluar segala senjata..bila kena adik beradik kan menyedihkan betul..nak undur tak leh dah

    BalasPadam
  12. parents jgn sesekala cuai bab2 safety dlm rumah ni... mintak simpang ....

    BalasPadam
  13. hanya keluarga yg tau punce & sebab kjdian niey...huhuuhuhuu

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...