Rabu, 30 November 2011

Home » , , » Kecik-kecik dah mencuri - kes di JB pulak

Kecik-kecik dah mencuri - kes di JB pulak




Salam bahagia,



Jika sebelum ni kes di Putrajaya.. kini di Johor Bahru pulak.. apa nak jadi, kecik-kecik lagi dah pandai buat kerja part time seumpama ini.  broken heart  at wits' end Agak-agaknya mak ayah budak-budak ni tahu tak kegiatan anak-anak depa nih.








‘Toyol’ curi komputer riba

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.


Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.






Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.





..
lewat malam ni tarikh tutup untuk segmen rerama berterbangan.. jom join.. 
..






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


7 ulasan:

  1. Masyaallah budak2 ni...nak jadik apa nih???huhu

    BalasPadam
  2. Risau dgn budak2 zaman sekarang ni. Salah mak bapak atau salah persekitaran yg menyebabkan diaorang jd camni ya

    BalasPadam
  3. ya allah... semakin teruk skang nie

    BalasPadam
  4. entahlah ye...dari mane la bebudak ni terpengaruh

    BalasPadam
  5. kecik2 lagi dah buat hal budak2 ni
    memang nak kena ni

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...