Rabu, 2 November 2011

Home » , , , , » Perdana Menteri baru Libya : Abdel Rahim El-Keib

Perdana Menteri baru Libya : Abdel Rahim El-Keib




Ini lah wajah Perdana Menteri baru Libya, yang telah dipilih melalui pengundian dan mendapat undian sebanyak 26 daripada 51 undian, di antara 4 orang calon.







sumber gambar dari ShababLibya



PM Baru Libya Hadapi Cabaran Besar

TRIPOLI: Perdana Menteri Libya yang baru dilantik pada Isnin, Abdel Rahim Al-Keib, merupakan teknokrat yang tidak dikenali namun dilihat berhadapan dengan cabaran besar membina semula Libya selepas mendapat kepercayaan majlis revolusioner Libya.

Merupakan seorang ahli akademik dan ahli perniagaan yang berada, Keib tinggal di luar negara selama beberap dekad sebagai penentang Muammar Gaddafi sebelum menyertai revolusi pro demokrasi yang bermula pada Feuari dan berakhir dengan kejayaan memihak kepadanya pada 20 Oktober.
Pemilihan Keib adalah berdasarkan pengalamannya sebagai teknokrat, bantuan kewangannya kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dan persembahan usulnya kepada ahli NTC yang mengundi.
"Aspek utama dalam pimpinan beliau adalah kestabilan negara, bidang keselamatan dan bidang ketenteraan yang akan berada dalam kawalan kementerian dalam negeri," kata Ketua Hal Ehwal politik NTC, Fathi Baja.
"Beliau juga berjanji akan menyediakan keperluan asas untuk rakyat Libya."
Keib meraih 26 daripada 51 undi untuk menjadi Perdana Menteri baru libya mengalahkan empat calon yang lain.
Dilahirkan pada tahun 1950, Keib berasal daripada keluarga kenamaan dari wilayah Sabratha.
Beliau menerima pendidikan sebagai seorang jurutera elektrik di Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun 1980an kemudian mengajar di fakulti sains di AS, Tripoli dan bekerja sebagai orang kanan di sebuah institut petroleum dekat Emiriah Arab Bersatu
Pada tahun 2005 beliau mengasaskan syarikat International Company for Energy and Technology di Libya. -AFP
sumber berita :  SINI







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


5 ulasan:

  1. semuga beliau dapat memimpin dengan baik

    BalasPadam
  2. @kak ina kl Insya Allah kak, harapannya begitu lah.. ;)

    BalasPadam
  3. semoga beliau dpt membawa perubahan Libya dari segi politik n ekonomi yg lebih baik

    BalasPadam
  4. @Denaihati ya betui... jgn jadi pak turut US sudah la..

    BalasPadam
  5. semoga beliau memimpin dgn baik mengikut syiar islam...

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...