Sabtu, 26 November 2011

Home » , , » Salam Maal Hijrah 1433H

Salam Maal Hijrah 1433H









Saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433H buat semua pengunjung blog kakyong[dot]com©. Semoga kita semua akan memperbaharui azam dan muhasabah diri untuk kehidupan hari depan yang lebih baik..batting eyelashes sama-sama mengeratkan ukhuwah, sama-sama perbaiki mutu kehidupan. happy



Tuanku Mizan dijadual sempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah Ahad ini



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah", Ahad ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut dijadual berangkat ke majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu. 
Majlis juga dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota Kabinet dan duta luar negara. 

Tema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" itu selaras dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya matlamat negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan, kata kenyataan itu.

Sebanyak 122 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan menyertai perhimpunan itu yang membabitkan 4,500 penyertaan, kata kenyataan itu.

Pada majlis itu, dua individu akan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Peringkat Antarabangsa yang masing-masing akan menerima wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan. 

Sambutan Maal Hijrah kali ini juga akan dipenuhi pelbagai program termasuk Forum Perdana Khas Maal Hijrah yang membincangkan tajuk "Luruskan Saf", serta majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara esok. - BERNAMA








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


4 ulasan:

  1. salam maal hijrah 1433H kak yong...
    saya juga tahun Hijrah...senang nak ingat sbb 2 digit akhir sama ngan umur saya...hihi

    BalasPadam
  2. @MamaYatie salam maal hirah yatie... :) baru 33.. kakyong will be 40's.. soon..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...