Selasa, 14 Februari 2012

Home » , » Dulu dapat lesung batu, kali ni dapat henfon mainan pulak

Dulu dapat lesung batu, kali ni dapat henfon mainan pulak




Salam bahagia,



Refer balik n3 lama berita pasal beli smartphone via online... klik SINI.






JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.

Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400. 

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.


“Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan,” katanya.


Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu. 

“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.


nota :

ramai benor yang terpedaya dengan tawaran harga murah 'smartphone' ni... 

tak salah nak shopping online tapi biarlah bijak.





kalo teringin nak beli Iphone 4S untuk kekanak.. boleh klik SINI.. murah jer RM29 (SM) RM36 (SS) setiap satu.

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


19 ulasan:

  1. salam
    cheqna memang tak suka beli secara online takut terjadi perkara sebegini la

    BalasPadam
    Balasan
    1. @cheqna,
      membeli lah dgn kawan2 yg dikenali..

      tp kalo rege ribu2 ni.. takut wooo nak mengabiskan duit secara online tanpa belek2 barang dulu..

      Padam
  2. saya rasa heran, kenapa ramai yg berani beli brg yg berharga ratusan/ribuan ringgit melalui on9..kalo saya dah bayar mahal2 mesti nak tengok betul2 & puas hati...
    org yg buat jahat ni pun satu pasal..kerana nila setitik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @mamayatie,

      ntah lah yatie.. mungkin terlalu excited dgn harga yg murah dr pasaran.. tp x kan lah tak aware dgn berita2 & kejadian org2 tertipu dgn isu yg sama... malu la, koje berpangkat, profesional.. tp mudahnya tertipu dgn perkara mcm ni..

      & mereka yg buat onar ni memang memalitkan 'selut' kpd peniaga online yg lain..

      Padam
  3. macam2 skang nih kan cara org nk senang dpt duit..menipu je kerjanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ibu MZW
      jangan kita menipu udah ler...
      ambik pelajaran dr kes2 mcm ni

      Padam
  4. sy akan percaya kalau beli dr kwn2 yg dah kita kenal kat blog ni mcm Kak Yong. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nur,

      ya betul2.. ;) hehhe, terima kasih

      blog Nur ada detect malware la.. pls delete link mysuperkids.net, punca malware dr situ..

      Padam
  5. alahai nak smarphone alih2 dapat komik , tak tahan tu dapat lesung batu hehe..bawa lesung tu hempap atas kepala diorang huhu..

    jgn buat camtu..cari le tribunal pengguna..mcm2 ye kes tipu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @nuriz,

      rasanya harus ambil serius jual brg yg harga ribu2 via online.. orgramai sepatutnya ambil sikap berhati2 kan..

      Padam
  6. mcm2 kes tipu sekarang, kalau nak beli online kena pastikan siapa penjualnya

    BalasPadam
  7. Patutnya pihak akhbar dedahkan nama portal yang mangsa gunakan untuk membeli barangan tersebut supaya tidak ada mangsa lain akan terkena penipuan tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju, patutnya akhbar atau berita dedahkan supaya pengguna lain tidak tertipu juga. Kalau tidak akan ada lagi kes yang sama berulang.

      Padam
  8. Aduiyai siannya dia ni, saya ni susah skit nk pcaya beli smartphone secara online, klu pakaian ok lg

    BalasPadam
  9. Orang yang menipu bagi lesung batu dan telepon mainan ni memburukkan imej peniaga online la. Teruk betul depa ni.

    BalasPadam
  10. kalau harga murah luar biasa, elok check company profile/track record betul2.
    kalau x boleh jadi mcm ni la

    BalasPadam
  11. betul ckp DH tu ... hati2 sikit klu smartphone murah2 ni ... ishh ... xsanggupnye kerugian ribu riban

    BalasPadam
  12. kalo melibatkan ratus2 pun saya tak berani nak beli online, inikan pulak melibatkan riban...

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...