Rabu, 29 Februari 2012

Home » , , » Jadi bodoh dan hilang jatidiri kerana dibomohkan

Jadi bodoh dan hilang jatidiri kerana dibomohkan




Salam bahagia,




gambar hiasan ajer... awan tebal yang memutih 




baru-baru ni saya berbual dengan seorang ibu ni...


dia bercerita, anak nya berkahwin dengan lelaki tanpa restunya.. belum pun setahun.

dan lelaki itu (si suami anaknya) itu telah membomohkan anaknya... 

sehingga anaknya jadi seperti bodoh.. lupa pada si ibu.. sikap yang lemah lembut juga telah berubah..

si lelaki itu khabarnya tidak bekerja.. dan menurut si ibu, sedikit demi sedikit duit anaknya diambil oleh si lelaki.. dah tak kerja, duit sapa lagi kan dia nak kebas.

si anak boleh dikatakan berharta lah jugak.. untuk seorang yang berusia lewat 30'an.. dia punya sebuah kereta dan 2 buah rumah.  

si anak adalah seorang kakitangan awam.. 

menurut si ibu, jika di tempat kerja, si anak boleh ingat pada si ibu.. berada dalam keadaan sedar, dan mampu mengawal diri.. namun sebaik pulang ke rumah sikapnya terus jadi seperti orang bodoh..

si ibu telah berusaha mencari penawar dan berubat ke sana ke mari.. hatta, sudah juga ke Darul Syifa', dan berjumpa dengan beberapa orang ustaz.. si ibu juga sudah puas solat hajat.. namun belum menampakkan apa-apa perubahan.. memang sudah berhabis ribuan wangringgit untuk mencari penawarnya.

jika ikut 'scan' dari ustaz-ustaz yang ditemui -- si suami menggunakan khidmat bomoh sakai.. bukan satu tapi EMPAT... 


Saya ni kan.. bila dengor 'bomoh sakai' ni memang saya gerun sikit.. yer lah, kita sepatutnya gerun pada Allah swt sahaja, namun telah banyak kesah yang saya dengar tentang bomoh sakai ni... 

ada orang guna khidmat bomoh sakai ni untuk pecah-belahkan hubungan seperti hubungan adik-beradik, hubungan suami isteri... dan macam-macam lagi lah.. 


saya kasihan dengan anak si makcik tu... kasihan dia diperbodohkan sedemikian rupa oleh si suami.. dia dikawal sepenuhnya oleh suami nya, ibarat 'lembu diikat tali dihidungnya'... Masya Allah.. saya takut membayangkan keadaan begitu..  

kasihan juga dengan makcik tu, sudah kering airmatanya mengenang nasib si anak.. saya dapat merasai kesedihan hati seorang ibu yang 'kehilangan' seorang anak. 


Saya sebenarnya agak terkejut bila si ibu meluahkan -- "anak-anak boleh lupakan ibunya kerana seorang lelaki yang baru dikenali.. "  [makcik ni memang ramai anak perempuan]

namun setelah saya mendengar kesah dan fakta2 kejadian... Allahu Akhbar..si anak mungkin telah tersilap langkah berkenalan dengan si lelaki.. namun segala-galanya telah Allah izinkan ia berlaku.. pasti ada hikmah disebaliknya..


Saya bukannya pandai nak menasihatkan orang.. namun dalam keadaan begini... sebagai ibu, terus lah berdoa yang baik-baik untuk anak-anak, semoga anak terus berada dalam rahmatNya.. maafkan lah anak jika anak pernah lakukan kesalahan dibawah sedarnya.. 


doa saya, semoga si ibu tidak putus asa mencari penawar nya dan semoga terus tabah.


p/s
selagi manusia ni punya sikap tamak haloba, nak hidup senang dengan cara mudah, iman tidak diletak pada tempatnya.... maka fenomena berbomoh ni takkan pernah surut..  banyak jugak kes macam ni, suami bomohkan isteri dan bila diselidik, suami memang tak bekerja dan kerjanya hanya mengikis duit/harta isteri ajer..  

apa kata anda??



..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


21 ulasan:

  1. saolam kenal
    kalau kita cuma dgr cerita,mmg susah nak percaya...
    tp bila terkena,pd adik beradik,sedara mara
    baru tau hal2 mcm ni mmg terjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Kamsiah,

      salam kenalan :)

      terima kasih sudi singgah & beramah mesra di sini...

      kakyong dr kecik dah lalui kes2 kena buatan org ni..

      arwah opah & atok juga terkana buatan org sehingga meninggal..

      mak sedara sejak dr muda lagi dibuat org.. sampai skrg masih tidak berubat.. sudah lebih 30 tahun..

      dulu tak berani nak balik kg sbb ade jer yg suka santau dan 'hantar' macam2 ..

      Padam
    2. kamsiah..

      maaf.. silap pulak ayat yg tu.. yg sebtulnya "sampai skrg masih berubat"

      Padam
  2. sedihnya..tak tahu nak komen apa..cuma mintak supaya dia akan sembuh nanti..dan minta dijauhkan bomoh2 dari terkena pada keluarga sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @prettywrite,

      harapan kita mcm tu lah..

      mintak dijauhkan dari perkara2 mcm ni kan... semoga dijauhkan dari mereka yg dengki khianat dgn cara begini...

      Padam
  3. kesiannya makcik tu. Kesian juga pada anaknya. Tulah kenapa masih ada sikap manusia yg mcm ni kan. Tak kan selamat hidup suaminya itu. Pasti ada balasannya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @yus,

      betul yus.. pasti balasannya akan tiba nanti...

      cuma sedih bila makcik tu mcm rasa berjauh hati dgn anak bila makcik tu call anak dia & anak dia cakap gaya berkasar.. walhal, bukan kemahuan anaknya nak jd mcm tu...

      Padam
  4. Susahnya bila jadi camni. Kesian baca.
    Kita nak tolong pun tak tau camana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Yati,

      betul yati
      kawan2 sekerja nya pun tak mampu nak mbantu..

      Padam
  5. Kenapa la suka guna ilmu camtu ya...kesian kat makcik tu

    BalasPadam
  6. Astaghfirullah minta dijauhkan perkara2 begini! Kadang2 bila terdengar atau terbaca kes2 begini, tertanya2 juga dlm hati, sanggup mereka perlakukan begini sedangkan siisteri/suami teman seperjuangan menuju ke akhirat! Kalau boleh sama2 mahu masuk ke syurga! Tergamakkah sungguh bertindak demikian!

    BalasPadam
  7. Masyaallah...kesiannya dia..masa saya duk kat pekan dulu anak tok guru ngaji saya kena bomoh camni juga,nak ditujukan pada kakaknya yg reject pinangan lelaki tu,alih2 adik yg kena..sedih sngt kak yong,saya rapat ngan dia..smpkan arwah meninggal dlm perjalanan nak gi berubat :(

    kebetulan weekend baru ni ada ustaz dr kedah datang kat surau perumahan, dia buat rawatan kaedah islam,try juga scan..alhamdulillah,takde pape...sempat la mintak air utk anak daraku yg keras semacam ni...huhu

    BalasPadam
  8. nauzubillah..
    orang ni kan cari keje senang...
    malas berusaha tapinak hidup senang...

    BalasPadam
  9. masa tinggal kat Parit Buntar dulu, selalu terdengar psl santau. Kat situ kuat jugak pakai bomoh2 ni. Arwah mak pun pernah terkena org yg dengki sbb arwah dpt anugerah cemerlang kat sekolah. Dia pakai bomoh siam. Susah jugak nak berubat. MIntak2 makcik tu bersabarlah. Insyallah ada caranya nanti.

    BalasPadam
  10. masih ada lagi manusia yg kufur menggunakan benda2 kurafat nih.. seksa dunia akhirat bila buat orang begitu...

    BalasPadam
  11. askm. memang cukup sedih emak perempuan tu. perlu sangat berubat dgn cara yg betul(cara islam), mesti ada ustad2 yg boleh tolong. sekarang pun memang ada org kita yg suka guna bomoh mcm tu.

    BalasPadam
  12. kesiannya. hidup moden sekarang ni pun masih ramai yang guna bomoh. semuanya untuk kepentingan diri sendiri. tak fikir langsung akibatnya nanti bila nyawa dah ditarik

    BalasPadam
  13. Allahu Akbar ! Gerun juga bila baca kes2 buatan org ni kan..yela, kita mana tau org nak kenekan kita ye dak? Saya doakan moga anak makcik tu berjaya disembuhkan dan suaminya kembali kepangkal jalan...InsyaAllah. tiada kuasa lebih hebat dari kuasa Ilahi..

    BalasPadam
  14. kenapalah org2 skrg ,masih lagi nak kenakan org,dgn bomoh2 ni, tak takut ke balasan tuhan

    BalasPadam
  15. salam Kak Yong.
    sukar untuk meluahkan perihal bomoh kala dunia yang sudah moden kini. Tapi hakikatnya, penggunaan dan mengharapkan bomoh ini memang takkan dilupakan sampai bila-bila. Sangat menyakitkan hati juga, kita ini sebagai anak moden sekiranya tidak mahu mempercayai perihal bomoh ini, dikatakan pula anak tidak mengenang budi. Lupa pada asal usul pabila sudah berpelajaran tinggi. Bomoh itu yang menyesatkan. hmm. Sedih lah...diluah mati emak, ditelan mati bapak..

    ikhlas,
    Anita.

    BalasPadam
  16. Ya Allahhhhhh. takutnyeee. mintak jauh la. same² lah doa utk anak ibu tersebut.

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...