Khamis, 8 Mac 2012

Home » , , , » Mengurus masa beronline untuk surirumah

Mengurus masa beronline untuk surirumah




Salam bahagia,



Membaca berita tentang anak hilang gara-gara ibu 'galak' berFacebook, membuat saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan ibu-ibu yang menjadi surirumah tentang pengurusan masa. Cara saya mungkin tak sama dengan orang lain tapi harapnya dapat dijadikan panduan.


SAHM tak boleh nak sebebas burung


Orang selalu beranggapan, jadi surirumah ni macam best jer.. ayat-ayat biasa yang kerap dilontarkan kepada surirumah sepenuh masa @ SAHM (stay-at-home-mom) adalah :

"wah bestnya dok rumah, tak payah kerja"
"seronok lah dok rumah goyang kaki"
"wah senangnya jadi surirumah"


Tahu tak, hakikat yang SAHM ni bukan lah "tak payah kerja", "goyang kaki" mahupun "senangnya jadi surirumah".


Menjadi SAHM bermakna -- kerja yang tidak pernah berhenti @ tak habis-habis -- never ending story.. habis satu, ade lagi kerja menanti.. lebih-lebih lagi bila anak-anak masih kecil -- kemas di depan (hall), dibelakang pulak bersepah.. baru jer habis kemaskan sinki selepas makan sekeluarga, ada lagi sebakul (kadang2 boleh jadi berbakul-bakul) kain baju untuk dilipat mahupun digosok.  

Baru jer habis sarapan, tak sampai 1 jam.. anak-anak merengek "ibu.. lapor la"..  sebab tu lah, harus selalu ade stok "snack/makanan ringan" seperti roti, sosej, telur, jem, seri kaya -- yang sesuai untuk dibuat sandwich atau sosej roll... begitu juga susu segar dan cereal... membantu memudahkan kerja ibu-ibu.. bagi ibu yang pandai baking, boleh la buat kek, kek cawan dan sebagai..  

Jangan disalahertikan snack dengan cikedes, twistis dan sebagainya.. snack sebegini seeloknya dijauhkan dari anak-anak.

Dan kerja seorang SAHM bukan setakat kerja-kerja rumah.. tetapi juga mendidik dan mengajar anak di rumah.. mendidik ni banyak pulak cabangnya.. bukan setakat mengenal ABC & 123, tetapi juga hal solat dan pelajaran agama.. 

DAN YANG PASTI semua ini menuntut MASA... jadi di manakah goyang kaki tu..??!!


kome rasa anak-anak saya sedang belajar apa??



Alamak, panjang dah pulak membebel.. tapi point tajuk tak sampai-sampai lagi... tetiba dah macam terlari tajuk jer..


Saya yakin ramai kawan-kawan blogger saya yang rata-rata adalah SAHM juga WAHM (working-at-home-mom), sudah terbiasa dengan jadual kerja harian. Sudah punya jadual tersendiri bila nak online, bila nak uruskan anak-anak dan rumahtangga. 

Namun pada ibu-ibu yang baru terjebak dengan dunia online nih... berhati-hati okay.. jangan sampai terleka dan teralpa dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang ibu dan seorang isteri.

Sila jadualkan masa anda yer..

Contohnya : 

Bangun la sebelum subuh. Seawal pagi selesaikan lah semua kerja rumah, kemas rumah, memasak, bersihkan dapur dan kerja-kerja mendobi. Uruskan anak2 - pastikan anak-anak mandi dan makan.

Dari jam 10 pagi sehingga sebelum masa untuk lunch.. boleh la anda nak online. Plan apa yang anda nak buat dalam tempoh 1 1/2 - 2 jam tersebut. contoh, update n3 blog & BW. Buat yang WAHM (macam saya) - check email, update pesanan pelanggan, jawab pertanyaan pelanggan, masuk ke support group untuk belajar info/tips baru, juga membuat aktiviti promosi produk jualan.. Pagi2 ni saya banyak habiskan masa online di FB.

Waktu lunch -- berehatlah untuk melayan anak-anak makan, solat, angkat kain, juga ambil masa untuk mengajar anak-anak, dan juga kemas dapur.

Selepas jam 2 petang - boleh la online lagi.. macam saya, saya rehat sampai jam 3 petang, -- yang sebenarnya memantau kerja sekolah anak yang baru tadika 5 tahun. 

Jam 2 @ 3 petang, boleh la online semula sampai jam 6 petang.. sambil tu pasti kan anak-anak ada aktiviti.. anak-anak saya time ni ada yang nap petang dan ada yang layan VCD belajar.. jadi kurang sedikit gangguan disebelah petang. 

Selepas jam 6.30 petang, saya berehat lagi sampai jam 8.30 ke 9.00 malam.. masuk dapur untuk dinner, uruskan anak-anak untuk mandi, juga ready untuk maghrib, kemas dapur.. juga monitor lagi kerja sekolah anak (anak saya ni susah fokus, jadi tak boleh nak drag dia buat homework lebih dari 20 minit untuk 1 sesi).. 

Ada masa nya saya tak dapat nak online malam.. tu yang kadang-kadang tak sempat nak update blog mahupun BW... *sedihh*.. sebab belah malam memang saya khaskan untuk uruskan blog..

Dan selalunya jam 11 malam, saya memang dah macam tak boleh nak buka mata -- lebih lagi anak yang kecil sekali ni (3 tahun lebih) memang jenis tidur celah ketiak ibunya.. heheheee.. kalo ibunya tak tidur sekali, mahu lah anak saya tu tunjuk perasaan.. 


+++ gitulah susunan jadual saya setiap hari untuk tahun ini. Tahun ni saya dah mula meniaga online.. tu yang dah tak sempat sangat nak berblog nih... tapi masih gigih jugak nak berblog, sebab rasa ada banyak lagi yang saya nak explore dalam dunia blog ni.. +++



Jadi ibu-ibu yang baru menerjunkan diri ke dunia online -- FB & blog -- harapnya jangan lupa diri yer... buat apa pun harus ada limit.. jangan abaikan anak-anak dan rumahtangga. 

..

 



 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


22 ulasan:

  1. hmmm... bukan mudah untuk menjadi surirumah.... banyak kerja sebenarnya di rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mia Liana,

      kena sabar.. lebih lagi yang anak ramai.. tp ada masa naik suara jugak.. ada masa akan tiba juga down-time nya.. sajer dibiar rumah sepah utk seketika, bukan malas nak kemas, tp amik masa utk ber'nafas'.. ;)

      Padam
  2. Saya tak berjadual khusus sebab hari2 akan ada perkara yang tak dirancang. Berblog setakat curi2 masa je, malam pun kekadang je, kalau ada entry banyak satu hari tu kadang2 entry autopublish :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anamarza...

      wah, dlm xde masa khusus tu.. sempat juga buat entry.. kalo kakyong ni memang tinggal terus.. kalo 2 hari, memang 2 hari lah terbiar sepi...

      Padam
  3. Ada ibu-ibu duduk rumah goyang kaki tapi dapat duit. Maksud saya menjahit baju di rumah boleh dapat duit sampingan. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akubiomed,

      la ni ibu2 tak guna mesin goyang dah.. tekan pedal mesin jer... hahahaha.. ;)

      Padam
  4. keje kat umah lagi sibuk kan kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eita,

      sibuk tak menentu.. lebih2 lagi bila ada hal2 tak diduga...
      lebih2 lagi utk ibu2 yg anak dah bersekolah..

      kerja rumah tu usah ckp lah.. cuma kena atur masa jer, kerja mana kena dahulukan.. kerja yg mana boleh dilonggok & dibuat sekali arus bbrp hari sekali... ;)

      Padam
  5. mmg yg tak pernah jd surirumah ingat senang je jd surirumah ni. Nur pun dah rasa dah dulu. MMg faham sgt2. Kita berkejar2 nak buat mcm2. Bila ada masa lapang je baru boleh layan FB atau blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur,

      betu tu Nur.. terkejar2..

      kakyong walaupun pkl 10 am dah On lappy.. tp selalunya bukan lah 100% depan lappy.. kejap2 layan Aliya.. kejap2 mop lantai (aliya tumpahkan air).. kejap2 layan dia mewarna @ membaca.. :p

      bila teringat ikan/lauk tak keluor lagi dr freezer.. berkejor ke dapur semula.. ;) heheh...

      kakyong ikut jer jadual utk online, sbb nak tunggu betul2 lapang memang xde nyer.. & mlm ni mlm sabtu.. jd layan sampai mata betul2 letih.. sbb esok anak2 tak sekolah, lagpun dapur dah kemas.. hrp2 esok dpt terjaga sebaik azan subuh.. ;)

      Padam
  6. saya baru jer baca kat metro tadi pasal anak ilang mak sedang leka dgn fb...risau plk..sebab tu kena khskan masa utk fb dan blog ni..saya ambik masa pagi2 masa si kecik tgh tido dan abg2nya dh gi sklh..kalau si kecik ni dah bgun mmg susah nk on9 sebab dia sibuk kacau nak main game..

    BalasPadam
    Balasan
    1. fieda,

      masa anak kakyong belum sek dulu, memang awal pagi kakyong online, sblm anak2 bangun.. or else memang xde maknanya nak adap lappy... skrg ni, bila anak2 dah bersekolah, kena lah ubah jadual sikit.. ;) lagipun dulu fokus pd blog jer, skrg ni biz lagi nak diurus..

      Padam
  7. Rasa macam tak percaya seorang ibu ralit dengan FB sampai anak hilang. Serius cakap, saya juga adalah pengguna FB tegar tapi semoga tidak sampai 'lupa pada anak'. Sungguh saya syukur tidak hidup dalam rumah besar jadi apa saja yang anak sedang buat senang saya nampak. Bila anak diluar rumah, sekalipun kami tak duduk di jalan besar, saya tidak akan biarkan mereka main tanpa pengawasan kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pija,

      pada kakyong kalo ada anak sebesar Asmaa' pun, tak kan benarkan dia pergi kedai sensorang... ishh, tak berani.. bukan kita nak protective 100% anak kita, tp la ni mcm2 buleh terjadi.. apa sekalipun, SAFETY 1st...

      jenuh dok meneran kat wad bersalin berjam2, bawa perut 9 bulan.. takkan nak jaga main2 jer... oohh tidak..

      Padam
  8. Ya Allah...betullah kak yong..tak de maknanya SAHM pun duk goyang kaki...saya yg bekerja ni bila jadik SAHM di hari cuti mmg rasa lagi penat dr hari bekerja :p. hubby pun kata macam tu, dia kan patern ringan tangan..merasa la macam mana penatnya menguruskan rumahtangga...huhu...

    pasal snek tu kan, in between b/fast dgn lunch elok kalo makan buah-buahan. masa yg sngt sesuai utk diet (saya belajar dr schedule makan anak2 kat TAska Permata)..saya cuba jugak praktis, tp tu la..bukan setiap kali sbb kdg2 putus stok buah2an..ngeee

    BalasPadam
  9. mmg rutin rata2 SAHM, WAHM mcm ni le kkyong... cume hanie ni pun jenis tak berjadual sgt, semua simpan kat kepala jek.. certain things jer baru jadualkn..

    apa2pun anak adalah aset plg berharga..jgn sampai kita yg menangis kemudian nnti.. pesan moyang hanie kpd mak hanie mcm tu ler

    BalasPadam
  10. saya sebenarnya sangat respect dengan golongan yang bergelar suri rumah. Lagi cekap mengurus masa sebenarnya. Berdepan dengan karenah anak - anak yang tak pernha habis. :)

    BalasPadam
  11. assalam kak..

    suka entri ni, like sangat2..sapa ckp Sahm ni goyang kaki je memang patut dicili huh

    BalasPadam
  12. Tahniah kepada semua suri rumah sepenuh masa
    Anda memang hebat
    Lelaki memang tak sanggup buat semua tu

    BalasPadam
  13. SAHM ingatkan SAHAM ape...heee
    orang yg kurang faham saja yg kata senangnya jadi surirumah.
    kehebatan n kelebihan wanita, multitasking(dah macam processor pc la pulak) berbanding lelaki yg single tasking.

    BalasPadam
  14. tu lahhhh. sbnrnye suri rumah lah yg lebih penat bekerja kan. ;)

    BalasPadam
  15. Saya pun masih dalam proses menyesuaikan diri sebagai seorang WAHM. Urus masa memang perkara yang paling penting. Kalau tak, memang kelam-kabut dibuatnya. Apapun, saya enjoy life as WAHM :)

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...