Khamis, 10 November 2011

Home » , , , , » Mengadu sakit perut rupanya nak bersalin

Mengadu sakit perut rupanya nak bersalin



credit google : sekadar hiasan


 
KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin.

Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.

Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.

Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.

Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.

“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.
 
Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.

“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Anaknya kemudian memberitahu pernah menjalin hubungan dengan teman lelakinya hingga terlanjur dan dipercayai berlaku ketika remaja itu tinggal bersama ibunya di Ampang,” katanya. 
Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.

Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.

Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
 
sumber : hmetro





Risau kan. Bila memikirkan kejadian sebegini.  Confused smile Sampai ahli keluarga langsung tak perasan yang perutnya berisi ‘bayi’. Saya memang tak pernah jumpa lagi anak-anak remaja yang mengandung di luar nikah ni. Belum pernah melihat dengan mata kepala sendiri. Dah banyak sangat kes macam ni kan.. hati mak bapak mana yang tak luluh bila tahu anak dah terlanjur macam tu. Memang remuk redam lah.. Sad smile 





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


19 ulasan:

  1. memang remuk rasa hati bila dpt tau pekara camni. saya penah tgk kes camni gak. anak dia hamil tp mak ayah tak perasan sbb anak dia slalu pakai baju besar pastu perut dia even dh 6-7 bulan still tak nampak ketara. lg satu org cakap, bila ngandung anak sulung, perut mmg tak nmpk besar sgt. huhu..taktau la saye.
    tp ni semua dari kurangnya didikan agama dan pantauan ibu bapa.
    harap2 kita dan generasi kita dilindungi dari perkara2 yg macam ni..
    risau lak saya sbb saya pun ibu.
    :((

    BalasPadam
  2. setakat berita2 yang nadiah baca dan dengar, memang tak perasan diorang mengandung. tahu2 je dah bersalin. mungkin Allah sengaja buat macam tu untuk tutup keaiban dan bagi peluang pada mereka bertaubat agaknya..wallahua'lam.

    tapi risau sangat. minta dijauhkan perbuatan2 terkutuk tu daripada keluarga sendiri..ameen..

    BalasPadam
  3. Perut kecik kot, kurus mungkin. Baru 15 tahun...

    BalasPadam
  4. makin menjadi2 kes remaja terlanjur nie... nipis sungguh iman mereka

    BalasPadam
  5. NAUZUBILLAH LA TERJADI KAT KELUARGA KITA KAN...MUDAH2HAN DILINDUNGI OLEHNYA...AMIN

    BalasPadam
  6. dasat kan perut bunting sarat pun bapak sndiri xnmpk... mcm xlogik jer...

    hanie penah jumpe remaja terlanjur mcm ni tp masa jumpe tu dia dah bersalin pun , dan bagi pd org anaknye tu... mmg xde sape perasan pun dia ngandung sampai le tiba masa nk brsalin.. anak angkat datuk,ponteng skolah pun cikgu tak report..huhu...nmpk budaknye baik,lembut kan main

    BalasPadam
  7. takut tau kakyong mengenangkan anak kita di masa depan huhu.. insyallah moga terhindar lah perkara buruk dr keluarga kita ..

    BalasPadam
  8. mintak2 jauh laa dari anak-anak kita ya Allah.

    BalasPadam
  9. semoga Allah jauhkan keluarga & keturunan kita dr benda2 cenggini...amin!!

    BalasPadam
  10. @✿ Myra ✿

    kakyong mengandung sulong pun perut besor.. mcm nak jatuh.. hahahha...

    mungkin betul bak kata Nadiah, Allah nak tutup aib mereka ni...

    sbgai ibu memang wajar kita riso.. kdg2 ada anak2 yg tdk kurang kasih sayang & tdk kurang didikan agama.. tetapi terjebak kerana pengaruh kawan2...

    BalasPadam
  11. @Nadiah Sidek setuju dgn nadiah.. & mohon dijauhkan keluarga kita dr kes sebegini.. Amin

    BalasPadam
  12. @Yati Wallahu'alam Yati.. tp dlm kebanyakan kes memang mak bapak x perasan anak2 mereka yg mengandung nih.. risau mengenangkan generasi Islam masakini..

    tetiba rasa mcm berat sgt nak pikul amanah mendidik & mengasuh anak ni.. kita x leh nak 'kepung' 24 jam di rumah.. & diluor sana tu terlalu byk cabaran...

    BalasPadam
  13. @C.M.A @ CikMoonAdnan Itu lah.. kesian budak2 remaja skrg ni.. mudah terperdaya..

    BalasPadam
  14. @Ummi Hanie kes mcm ni kdg2 pelbagai puncanya.. susah jugak nak bersangka yg tidak2 kan..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...