Jumaat, 18 November 2011

Home » , , , » Pemenang termuda pingat emas SUKAN SEA - Aaliyah Yoong Hanifah

Pemenang termuda pingat emas SUKAN SEA - Aaliyah Yoong Hanifah








Mama (Norzeela Sulaiman) ingatkan jangan jatuh saja: Aaliyah Yoong


BIARPUN papan ski air digunakan jauh lebih besar daripada saiz kakinya, atlit termuda kontinjen negara, Aaliyah Yoong Hanifah tidak menjadikan itu satu halangan menewaskan lawan yang jauh lebih tua daripadanya.

Baru mencecah usia lapan tahun, pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi itu terpaksa menggunakan peralatan digunakan atlit berusia 10 tahun ke atas kerana perbelanjaan menempah papan ski air khas adalah mahal.

“Saya buat macam biasa, tak ada tekanan. Mama (Norzeela Sulaiman) ingatkan jangan jatuh saja dan lepas menang nanti saya boleh minta hadiah,” katanya yang mahukan alat permainan video atau pun patung Barbie sebagai hadiah kemenangan.

Dengan hanya ketinggian 145 meter dan berat 28 kilogram, Aaliyah mempamerkan aksi menarik dalam acara trick terbuka wanita dengan menewaskan enam atlit lain apabila mengumpul 5,770 mata. Atlit Thailand, Promsuntisit Sareeya memenangi perak (4,980) manakala seorang lagi atlit negara, Phillipa Yoong merangkul gangsa (3,750).

Terpaksa bercuti lebih kurang tiga bulan daripada bersekolah, Aaliyah mencatat keputusan membanggakan apabila merangkul emas dalam acara trick bawah 17 tahun serta gangsa dalam acara trick terbuka pada Kejohanan Asia di Putrajaya, bulan lalu.

Ibunya, Norzeela berkata anak sulung daripada tiga beradik itu mula bermain ski air sejak berumur lima tahun dan tidak pernah mengadu penat atau sakit kerana perlu berlatih lima hari seminggu.

“Aaliyah seperti kanak-kanak lain yang nakal dan suka bermain tetapi apabila bermain ski air dia fokus dan sangat matang dengan apa perlu dibuatnya. Saya lihat dia berbakat sejak kecil lagi dan sudah berkeras mahu menyertai ski air,” katanya yang berterima kasih dengan bantuan Perbadanan Putrajaya.
 
sumber berita
 
 
Aaliyah Yoong ni adik-beradik dengan Alex Yoong dan Philippa Yoong , satu bapa, Hanifah Yoong, tapi lain ibu… Winking smileAlex Yoong  dan Philippa Yoong – ibunya orang Britisih.  Tahniah buat ke3-3 adik-beradik ni sebab memberi pingat kepada negara dalam acara sukan ski air.. HEBAT..


.
Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


3 ulasan:

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...