Sabtu, 19 November 2011

Home » , , » Syarat pinjaman berdasarkan Pendapatan Bersih–BNM

Syarat pinjaman berdasarkan Pendapatan Bersih–BNM



Bagus lah syarat untuk membuat pinjaman diperketatkan,, sekarang ni ada macam-macam promosi..  pinjaman diluluskan dalam 10 minit, ada yang 1/2 jam.. aduhh.., jika semudah ini kelulusan untuk mendapatkan pinjaman.. maka makin mudahlah orang nak berhutang. Berhutang tu mudah.. nak membayarnya… adoi la ramai yang liat..

Tawaran untuk kredit kad juga harus direview sebelum ditawarkan kepada pelanggan terpilih.. contoh macam saya nih.. dah 3 tahun lebih tak kerja.. tapi masih ditawarkan untuk renew kad kredit dengan limit RM6,500 walhal dah banyak kali saya tolak.. sila lah semak caruman KWSP saya.. ada kah lagi caruman bulanan.. Winking smile 


Kelayakan pinjaman lebih ketat
Oleh KHAIRUDDIN MOHD AMIN dan AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes.utusan@gmail.com

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon, berkuatkuasa 1 Januari ini .

Dalam usaha mengurangkan hutang isi rumah di negara ini yang masih terkawal, BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan hanya selama sembilan tahun berbanding 11 tahun bagi permohonan yang diterima mulai hari ini.

Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan baharu itu, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa, kata Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini.

Katanya, permohonan itu, bagaimanapun hanya melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.

Beliau berkata, kesemua pendekatan itu adalah sejajar dengan amalan semasa tetapi dengan garis panduan ini memastikan institusi kewangan tidak melonggarkan prinsip amalan pembiayaan berhemat dan bertanggungjawab.

BNM menegaskan garis panduan ini bukan sahaja perlu dipatuhi oleh institusi perbankan di bawah pengawasan Bank Pusat itu, tetapi juga oleh Suruhanjaya Syarikat Awam, Malaysia Building Sosiety Bhd. (MBSB) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd.

''Garis Panduan ini diperkenalkan supaya kedudukan hutang isi rumah di negara ini lebih terurus. Setakat ini tahap hutang isi rumah tidak membimbangkan.

''Kita tidak mahu kegagalan amalan kredit mencetuskan kegagalan dalam sistem kewangan kerana sistem kewangan saling berkait dengan ekonomi,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku ketiga 2011.

Kadar nisbah hutang tertunggak adalah 1.99 peratus dan mungkir pembayaran dalam tempoh satu hingga dua bulan adalah empat peratus sahaja.

Sehingga September 2011, kadar tahunan pinjaman isi rumah kini meningkat 11.4 peratus dan nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah sebanyak 77.6 peratus.

Beliau menjelaskan peningkatan hutang isi rumah negara semasa disokong oleh pertambahan pendapatan secara stabil dan kedudukan pekerjaan yang baik.

Sejumlah 64 peratus pinjaman digunakan bagi pembelian aset seperti kediaman dan kenderaan.
Zeti berkata, garis panduan baharu itu tidak akan menjejaskan sektor pinjaman yang merupakan antara faktor utama memacu ekonomi negara selain mengekang aktiviti pinjaman haram yang boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhannya.

Katanya, garis panduan baharu itu dilaksanakan untuk menyemai amalan tanggungjawab pinjaman oleh institusi kewangan yang berurusan dengan pelanggan runcit.

Ia turut mempromosi sikap pinjaman bertanggungjawab untuk merangsang pasaran kredit yang sihat dan kekal, sekali gus menyumbang kepada kestabilan kewangan dan ekonomi serta memperkukuhkan kepentingan pengguna.

Berikutan itu, di bawah syarat garis panduan tersebut, institusi perbankan perlu memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan adalah sesuai dan mampu memenuhi keperluan kewangan pelanggan.


..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


7 ulasan:

  1. Bagus jugak diorang ketatkan pinjaman nih, orang takde la nak meminjam sewenang-wenangnya.

    BalasPadam
  2. kami tak suka ada byk hutang pd satu2 masa. skrg ni suami nak abiskan bayar PTPTN sampai bln depan. Hutang rumah dah mula dah tapi skrg potong sikit2 je sbb rumah belum siap sepenuhnya. Hutang kereta dah lama habis. Nak beli satu lg kereta tapi tengah byk kali fikir ni sbb tak nak ada tanggungan hutang tu.

    BalasPadam
  3. hutang wajib dibayar
    seeloknya hutang sikit2 je
    sesak nanti nak hidup kalau banyak hutang

    BalasPadam
  4. @eiela semoga setiap yg meminjam merasa bertanggungjawab dgn hutang yg diambil.

    BalasPadam
  5. @transformed housewife kakyong skrg ni pun jenuh jugak nak kumpul duit tiap bulan utk bayar loan rumah.. mujur lah xdak hutang lain dah.. & memang x berhasrat nak berhutang pun.. hatta brg2 rumah pun, jika ada duit, beli tunai jer..

    kdg2 serabut kepala bila pk pasal hutang.. lebih lagi duit hanya dari 1 sumber..

    BalasPadam
  6. @tehr betui.. tp ada org, lepas habis 1 hutang.. dia amik pulak hutang lain.. baru habis hutang kereta kancil, sambung pula hutang kereta lebih besar.. bila bulan2 penin kepala sbb masih ada loan rumah, loan personal.. huhhh..

    BalasPadam
  7. bagus ler ketatkn syarat ... zmn skrg ni ramai benor org dah muflis ... huhu ...

    alhmdllh hutang2 kami dah makin nk langsai ... tinggal byrn rumah lg setahun lebih dan utang MPV saje...legaaaa

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...