Rabu, 17 Ogos 2016

Home » , , , » Berkerja dari rumah mesti gembira dan tenang

Berkerja dari rumah mesti gembira dan tenang

post 3/2016


Salam Qaseh,

antara cabaran bekerja dari rumah adalah bekerja mengikut jadual atau membuat jadual untuk bekerja.

Kebiasaan nya , memang sukar untuk ikut jadual dengan disiplin yang ketat.



source dari google


Kebiasannya juga, ramai ibu-ibu yang baru memulakan kerjaya bekerja dari rumah akan merasa tertekan kerana tidak dapat 'follow' jadual dan sering tertanggu dengan tingkah dan 'demand untuk dilayan' oleh anak-anak.

Sebenarnya, ini lah manis nya bekerja dari rumah. Masa kita yang punya.
Jadi susun atur masa mengikut keperluan kita dan keluarga dan yang paling penting adalah mesti ada List-to-DO.



Jadual ibu bekerja dari rumah

Secara jujur nya saya tiada jadual tetap.

yang saya ada adalah LIST-TO-DO.

asingkan task dari list-to-do mengikut keUtamaan,

  •  penting & perlu buat segera, 
  •  penting & tak segera
  •  kurang penting & perlu segera
  •  kurang penting & tak segera






Saya suka mulakan kerja-kerja bisnes seawal pagi. Setiap pagi, selepas masukkan baju dalam mesin basuh, saya  mula selesaikan List-to-do. 

Buka fon tengok wassap personal dan grup wassap. Buka telegram personal dan grup telegram. 

On kan laptop, buka tv alhijrah (saya streaming ajer, tiada TV di rumah) @ program motivasi di youtube. Sambil buat kerja, ada lah sesuatu yang kita boleh dengar.

Saya adalah sejenis yang tidak boleh bekerja serius sangat, dan tidak juga mengadap kerja hingga 2 ke 3 jam tanpa henti. Saya boleh stress dan tensen.. heheh

Saya cuma fokus bekerja untuk 1 jam pertama. Selepas itu saya akan mula buat kerja rumah, contoh sidai kain, cuci dapur, mop lantai.

Begitu lah saya, bekerja sambil santai-santai. Tapi semasa bekerja tu kita mesti fokus dan mesti mahu disiapkan secepatnya.

Biasanya jika saya sudah selesaikan key-in ke dalam sistem belian rania (rakaniaga Qaseh), saya akan tutup laptop dan mula buat kerja rumah pula.

Selesai 1 tugas kerja rumah, saya akan semak kembali List-to-do, jika tiada yang perlu segera, saya akan mula melayani whatsapp, membalas message pelanggan, rakaniaga qaseh, dropship qaseh mahupun prospek.

Tempoh untuk konsultasi biasanya mengambil masa akan panjang. Namun setiap 1 jam saya akan mencari masa untuk berehat. 

Mengelat ke?

Eh.. tak lah.

Kerja dari rumah kan. kita yang urus masa. Kita bos kita lah kuli.  Yang penting task-task yang dalam List-to-do diselesaikan mengikut keutamaan.

Lagipun berehat tu bukan lah berehat dalam ertikata tidak buat apa-apa.

Sambil berehat, kita layan movie , saya suka tengok CSI di link 123movies.to , sambil tengok movie saya selesaikan kerja-kerja melipat kain. Kadang-kadang saya layan movie korea.. sesuka hati lah. Biasanya memang time melipat kain sahaja saya ada peluang layan movie. 


Anda Nak kerja dari rumah ?

ada hari 'easy manage', ada hari kelam kalut, ada hari susah nak gambar kan stress ke happy ke.. kita redah jer.. asal dalam hati, mesti ada rasa seronok bekerja dari rumah.

Lain orang lain formula, lain jalan kerja bekerja dari rumah.

Buat lah apa pun bentuk jadual anda.. Asal ia membantu anda capai matlamat, bermanafaat untuk anda, untuk orang yang anda ingin bantu, dan untuk mereka yang bekerja dalam jemaah yang sama dengan anda.







Bukan senang nak senang.

Alhamdulillah, Syukur ada Qaseh.




jumpa lagi di post yang akan datang.

Salam Qaseh,

Kakyong Habibah
3.25 petang
Rabu, 17 Ogos 2016












Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...