Sabtu, 20 Ogos 2016

Home » , , » Bila jari tak mampu di gerakkan

Bila jari tak mampu di gerakkan

post 4/2016


Salam Qaseh,

Sihat itu nikmat.

Sakit juga nikmat.

Saat Allah jentik sedikit.
Ditimpa nya sedikit derita sakit.
Hanya mampu terbaring.
Seluruh tubuh hilang upaya.
Hatta mahu angkat 1 jari pun tak termampu.

Tinggal lah dunia WAHM ku buat seketika.
Tinggal lah smartfon.
Tinggal lah laptop.

Saat jari tak mampu digerakkan.
hanya rehat dan terbaring.
Tiada daya dan upaya, hanya Allah tempat menggantung harap.
Hanya doa semoga mampu bertahan.



anak kecik ini yang menjaga saya. dia lah Nurse saya sepanjang seharian saya tak mampu bangun.

Syukur, derita nya hanya 36 jam.

Pagi ini, saya berSyukur, dapat bangun, dapat mandi, dapat bersihkan diri.
dapat buat sedikit kerja rumah.

dan mulakan kembali rutin sebagai WAHM.





dan seawal pagi menyambut rezeki datang bertamu.
Terima Qaseh Allah. Syukur atas segala nikmat sihat dan nikmat sakit.

Alhamdulillah.. Terima Qaseh ..
Hikmah sakit buat saya ingin mengisi masa dengan lebih bermanafaat.
Umur kita belum tentu panjang.

Sisa umur yang ada ni, mari lah kita terus mendorong diri dengan berbuat baik , sangka yang baik, isi ruang masa dengan segala yang baik & bermanafaat, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga yang bermanafaat untuk orang lain.



with Love,
Kakyong Habibah
9.30 pagi
20 Ogos 2016






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...