Sabtu, 13 Ogos 2016

Home » , , , » Pencapaian sebagai rakaniaga Ana Edar sejak tahun 2012

Pencapaian sebagai rakaniaga Ana Edar sejak tahun 2012

post 2/2016



Salam bahagia,

Saya mulai terjebak dengan bisnes Qaseh Gold ni sejak bulan Mar/April 2012.

Waktu itu saya hanya bermula sebagai agen dropship sahaja.

Pada awal Dec 2012, saya sah berdaftar sebagai rakan niaga Qaseh Gold yang bernaung di bawah syarikat Ana Edar Sendirian Berhad.

Saya seperti peniaga yang lain juga, melalui saat turun naik dalam bisnes. Almaklum menguruskan bisnes dari rumah memang banyak cabaran.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Leader saya sentiasa ada memberi sokongan dan penyelesaian bagi permasalahan yang saya hadapi.


Award President's Club 2013/2014



Award President's club 2014

Sepanjang bergelar rakaniaga, 2 kali saya berpeluang naik pentas dan di anugerahkan President award, iaitu pencapaian bagi tahun 2013 dan 2014. Alhamdulillah, bukan satu bisnes yang main-main, memang perlu usaha sungguh-sungguh untuk mencapai tahap tersebut.







Alhamdulillah, Syukur, pada 1 Mei 2016, dengan rasminya dilantik sebagai Stokis @ Pengurus Pemasaran bagi kawasan Ipoh untuk TEAM QKN & QMN.


Dengan tanggungjawab baru ini, memang perlu memberi komitmen yang terbaik untuk pembangunan rania-rania di dalam rangkaian saya. Bukan tugas yang mudah juga untuk membimbing dan membantu rania yang kebanyakkan nya dari golongan ibu yang bekerja dari rumah, yang dulu nya hanya suri rumah, kini mula berdiri sebagai usahawan Qaseh Gold.

Saya amat bersyukur kerana kami bekerja dalam jemaah , di mana Leader di peringkat PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah) dan PPN (Pengurus Pemasaran Nasional) sentiasa memberi motivasi dan bimbingan. Jangan kata kami yang sudah jadi Stokis ni tak perlu 'dipayung', yang sebenarnya proses pembelajaran dan upgrading potensi diri ni tak pernah berhenti.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Ana Edar yang tidak pernah jemu melatih, menyediakan kelas dan program-program latihan untuk membentuk kami menjadi usahawan Muslim yang bukan sekadar berniaga, tetapi berkongsi manafaat untuk membantu lebih ramai orang mendapat manafaat dan kehidupan sihat. 

dan tahu kah anda, Ana Edar adalah MLM patuh Syariah. 

apa itu MLM patuh syariah ?

jumpa lagi di post yang akan datang.

Salam Qaseh,

Kakyong Habibah
6.25 petang
Sabtu, 13 Ogos 2016







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...