Isnin, 22 Ogos 2016

Home » , , » CIPTA.PERCAYA.CAPAI!

CIPTA.PERCAYA.CAPAI!

post 5/2016


Apa yang minda Cipta & Percaya, insya Allah kita mampu mencapainya!





Mulakan menCIPTA!

Jika inginkan sesuatu kejayaan, mulakan dengan mencipta impian yang cukup BESAR & ianya perlulah SPESIFIK!

Zahirkan impian kita itu & ulang-ulangkannya di dalam fikiran & tulis serta tampalkan agar kita boleh selalu melihat & merasainya!






PERCAYA, PERCAYA & PERCAYAlah!

Percayalah dengan kemampuan diri untuk mencapai apa yang diimpikan!

Tingkatkan keyakinan diri dengan meminta kepada Allah & bertawakkal sepenuhnya kepadaNya. Yakinlah Allah akan memberi pertolonganNya & mempermudahkan segala yang kita hajati!

Kepercayaan & keyakinan kita juga akan bertambah kuat apabila kita ada SEBAB & 'KENAPA' yang cukup besar untuk mencapai apa yang kita inginkan!






● CAPAI!

Ini pastinya akan memberi dorongan & motivasi yang hebat kepada kita untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai sasaran & kejayaan serta tidak mudah menyerah kalah dengan apa sahaja cabaran & halangan yang datang!

Insya Allah, dengan izin Allah kita akan mencapai impian kita itu akhirnya!


Kredit text ‪#‎LeaderQaseh‬ Tn Mohd Syahril


~~~~~~~~

Salam Qaseh..

ini adalah gambar kenang-kenangan semasa hadir di program latihan Qaseh yang dianjurkan oleh team QKN pada 10 November 2015.

Gambar-gambar ini di ambil di kedai i-Muslim milik Tuan Mohd Syahril, PPW Teluk Intan.
bergambar kenangan bersama cikPuan Noor Rohaya, Tuan Izzudin Hafiz dan Tuan Sifu Nasiron Ngadi

Waktu itu, saya bukan siapa-siapa pun.
Hanya rania yang sedang mencari kembali semangat diri.
Saya merasa seperti sudah kalah dalam bisnes Qaseh Gold.
Tapi saya kuatkan hati, saya mahu bangkit.
Saya hadir ke kelas tersebut dengan membawa kepala yang 'kosong' dan 'blur'

dan Alhamdulillah., rezeki saya pada lewat petang itu , diTARBIYAH oleh tuan-tuan yang hebat iaitu Tuan Izzudin dan Sifu Nasiron.

dan dengan izin Nya..
dengan kata-kata perangsang yang telah menerobos dan dipasak ke minda saya,

maka kini dengan Izin Nya juga..
saya masih melangkah dengan bisnes Qaseh Gold,
saya tahu apa yang saya perlu buat,
saya tahu apa yang saya perlu bantu,
saya tahu dengan siapa saya perlu minta tunjuk ajar,
saya tahu dengan siapa saya perlu bekerjasama,
saya tahu saya masih perlu terus belajar dan belajar,
supaya saya nampak jalan saya,
saya nak bina networking yang lebih pesat,
saya nak membantu seramai mungkin ibu-ibu menjana pendapatan dari rumah,
yang penting sekali saya ingin meneruskan jihad bisnes ini untuk ummah,
dan ia nya bermula dengan diri saya.

saya ingin jadi lebih baik dan lebih baik lagi.

dan Alhamdulillah, Syukur ada Qaseh.
Syukur ada ukhuwah yang dapat saya menumpang Qaseh dan ilmu.

Bila kita sematkan tekad untuk berubah & mahu mencapai impian, kita mesti tunjukkan dengan tindakan. Bukan sekadar sebut & tulis.

Realisasikan dengan kesungguhan dalam tindakan. Berhenti merungut & beralasan. Fikir dan ikhtiar cari jalan untuk atasi halangan.

Belajar skill baru. Usah jemu belajar dan praktiskan
. #pesanuntukdirikusendiri


Insya Allah, bertemu lagi di post yang lain.



with love,
Kakyong Habibah
12.30 tengahmalam
22 Ogos 2016










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...