My personal journal about my life, my family, my kids and my career as working at home mom. My sharing on good parenting, being parent not an easy job. My sharing on raising new generation of healthy and active kids. My sharing to encourage stay-at-home-mom to have own career in order to be a good mom, physically and emotionally healthy .
Sedara-mara semua kata Fikri ni lebih iras dengan muka pak Uda (adik en ayah).. jadi ibu tampalkan gambor depa berdua.
note : kalo tengok ‘real-life’.. memang nampak almost sama .. cuma fikri = pak uda versi kecik..
Fikri ni dia takut sikit dengan Pak Uda.. bulan May ni, Pak Uda cuti sebulan (habiskan cuti tahun), jadi Fikri langsung tak mau tidur kat rumah opah, hari2 lepas sekolah memang balik rumah. Ingatkan sebab apa, rupanya sebab Pak Uda garang… bukan garang, tapi tegas.. Fikri kalo balik sekolah, main jer kerjanya, kalo pesan suruh tukor baju uniform taski buat derk jer.. letih opah bercakap. dengan Pak Uda tak leh buat main2.. sekali Pak Uda sound terus salin baju.. dok dengan Pak Uda kena lah disiplin kan…
note : Pak Uda ni koje tentera Udara.. tahun lepas Pak Uda ikut misi UNIFIL ke Lubnan.
p/s
sibuk hari ni, tak dapat nak buat n3 yang berkajang-kajang… masih tak jumpa ruang untuk buat review Nora Elena.. huhuuu….
dan malam ni hari selasa terakhir untuk Asmara… nak tunggu Tahajud Cinta – 1 bulan lagi…
pada kawan2 blog, Maaf yer sebab tak sempat nak BW lagi… ingatkan malam tadi boleh BW banyak2 sikit.. tapi letih benor rasanya..
Semalam sebelum tidur malam tadi, sempat jengah 1-2 blog peserta yang join GA 6th Anniversary.. (bukan tak nak check semua.. tapi anak dah bising ajar tidur.. ) .. tu la pasal, sebelum tu dok ‘berkicau’ tak hengat.. hihii
Masuk jer blog cik adik Misi ni.. terus jatuh cinta.. jatuh cinta dengan owner blog yang comelll , cute gitu.. maaf le, saya ni kan tak leh tengok apa juga yang cute, comel, gorjes…
Nak kenalan dengan adik Misi yang comel ni.. jangan segan2 singgah ke Blog Cik Misi…
Sori yer dik, ni bukan segmen tegur2.. hanya suka-suka jer nak tampal.. keep on blogging ya.. btw, she is taken ya… melepas la abang2 kat luor sana tuh…
Itulah satu-satunya bedak compact yang ibu ade.. sekali terjumpa dek si Anis.. maka…
comel tak saya….
p/s
riso la pulak.. bila tengok trafik blog ni makin mencanak.. belum petang lagi dah hampir 800+ UV.. :p bukan apa, riso kalo terlebih guna-limit-bandwidth lagi... huhuu.... harap2 bandwidth 10Gb dapat menampung kepesatan pelawat untuk tempoh terdekat ni.. sebelum ni 5Gb jer.. :)
Bulan lepas hanya join 1 GA ni… join di blog ini… Alhamdulillah, rezeki…
Actually motip join GA Eyriqazz adalah nak diTEGUR oleh Eyriqazz… best rasanya bila diTEGUR oleh blogger otai dan popular.. walaupun Eyriqazz belum tersenarai dalam top 20 blogger Melayu, tapi sapa yang tak kenal Eyriqazz, ‘duta’ Nuffnang..
Gumbiranya sebab terpilih antara 4 slogan terbaik… result penuh semak SINI ya.. dapay 2 sachet kopi stoberi… nanti saya buat review yer… saya memang suka kopi…
saya memang tak reti buat slogan.. selalu malas nak join GA/Contest yang kena buat slogan.. tapi semangat nak diTEGUR punya pasal.. maka ini le slogan yang dipertaruhkan..
Saya Teruja Untuk Memiliki Astro B.yond PVR kerana boleh dapat siaran dan kualiti gambar di tv yang lebih baik dan boleh rakam drama Asmara pujaan hatiku dan pada masa yang sama tidak perlu berebut dengan suamiku yang sibuk nak tengok drama si Capik di tv2 .
Tak sabar nak tunggu Eyriqazz@GTO TEGUR blog saya ni… harap2 dapat perbaiki segala kelemahan yang ada.. almaklum lah blog di hosting WP ni belum pernah di review oleh sesiapa lagi.. saya jer yang tak sudah2 dok TEGUR blog kawan-kawan..
btw, just nak inform, saya dah 1 bulan lebih remove iklan Nuffnang dari blog ni… saya majuk.. sebab 2 bulan takde BE @ apa2 income pun..
p/s
kenduri rumah PIL tu esok, bukan hari ni en ayah dah beri silap info.. so hari ni buleh berjimba-jimba online lagi
Yup, sebagai seorang ibu saya memang risau.. walaupun umur 5 tahun macam terlalu awal untuk risau yang bukan2 dan kalo saya tekun mengajar, saya percaya, Fikri boleh menulis dengan baik dan tidak terbalik..
Saya pun tidak berhasrat untuk membandingkan kebolehan anak..
tapi lepas saya baca komen kawan2 di n3 Adakah kerana dia kidal?!!! dan ade yang sebut tentang penyakit dyslexia.. saya mula teringat, Fikri memang sejak umur 4 tahun lagi dia memang menulis terbalik… tapi saya tak amik pusing sangat, sebab saya fikir bila dia dah bersekolah, dia akan dapat menulis dengan betul…
dan saya teringat, anak kecil saya si ALiya yang belum lagi mencecah umur 3 tahun.. boleh menulis huruf P, D tanpa terbalik…
ini gambar yang agak lama.. (jenuh gak cari dalam folder..) saya kadang2 malas nak snap foto bila buat aktiviti dengan anak2.. bukan apa, kadang2 tak menang tangan..
Gambar ni saya snap bulan lepas… see, Aliya tak tulis terbalik, ada lah rupa hurup P @ D kan … jadi sekarang ni, saya memang kena memberi tumpuan supaya Fikri berlatih menulis dengan lebih banyak.. erkkk… tapi kena tengok juga mood dia.. sebab ada masa dia buat derk jer, bila ajak belajar..
Aliya pulak, dia ni suka perhati apa yang abang dia buat… kalo abang buat kerja sekolah, Aliya pun sibuk la menempel sekali… saya sebenarnya tak pernah ajar dia ABC pun.. dia banyak perhatikan abang dia jer.. Rasanya Aliya ni banyak amik perangai ibu ia, suka ‘observe’ dan banyak belajar dari ‘observation’..
Owner blog Suez Diary ni pernah request saya ‘komen’ @ review blog dia.. see, siap buat n3 lagi & siap pesan kat Pinky Momma supaya sampaikan pesan di angin lalu… sweet jer kan…
SInce malam ni, I’m in good mood, (walaupun sikit sedey sebab episod 8 Nora Elena tadi, sedih.. simpati dengan Nora yang sedang bingung.. ) jadi, saya review ringkas-ringkas jer okay.
sila semak ranking alexa blog anda di alexa.com, raking ni anda boleh improve tau.. dan jangan lupa claim ur site di alexa.com juga
layout blog : sebaiknya letakkan kedua2 sidebar di belah kanan (merujuk arah tangan yer), sebab search engine akan mula kan carian dari belah kiri.. dan searcch engine tak boleh ‘baca’ sidebar yer..
background blog tu macam hanging jer.. apsal yer jadi camtu???
bloglist pulak >> elok pamirkan 10 jer.. jadi, tidak lah sidebar panjang melurut.
blog anda berat yer.. sebab lebih 200Kb… sila kurangkan bilangan post dari 7 ke 3 @ 4 sahaja. the less the better..
iklan nuffnang untuk leader board tu, dah salah tempat.. sepatutnya di atas header, bukannya di footer blog… sila semak balik tutorial untuk tampal kod ads nuffnang ..
Cukup la kot, review @ teguran ringkas ni.. harap berpuashati…
beberapa hari lepas nampak keyword masuk “Faezah Elai Cun”… heheh.. kebetulan beberapa minggu lepas saya memang dah tengok dan repeat beberapa kali filem ni dengan anak2… as usual lah yer.. saya download jer.. bila ntah nak dapat peluang tengok kat panggung.
jom layan ost @ lagu filrm CUN ni... memang best.. sesuai jer suara Remy Ishak dan Maya Karin.. ;)
Kome dah tengok filem CUN.. ??? Kalo belum.. meh la layan review sesuka hati saya ni…
Kenapa kome patut tengok filem CUn ni??
Pertama : sebab ada Kuntom Renjong… watak Faezah Elai dalam filem ni.. thumbs up untuk FE.. saya suka lakonan dia.. walau FE bukan heroin.. tapi fokus saya selalu pada dia…
Kedua : ada Kembang (watak untuk kerbau) yang bermake-up sakan… hahaha.. dah lama takda filem yang buat watak khas untuk binatang ni…
KeTIGA,: sebab ade Remy IShak & Maya Karin tengah kejor ayam kampung.. depa la hero dan heroin filem ni..
KeEMPAT : ada scene bergaduh kat limbah (tali air kecik kot.. hahaha )
keLIMA :, filem ini memang sangat FUN.. dari awal sampai nak habis dok gelak sampai senak perut.. bahagia jer rasa tengok citer ni.. penuh dengan unsur kekeluargaan dan kasih sayang..
keENAM, lori ni pun ‘watak’ penting juga dalam filem CUN ni..
keTUJUH.. loghat utara yang memang tak boleh blah.. << actually ni patut jadi penyebab no1 kenapa kome patut tengok filem nih.. heheh..
keLAPAN – nama watak dalam filem ni.. >> atan, maneh (manis), bedah tonggek, luna, tom, putat, kembang.. dan lelain… memang best..
keSEMBILAN – ade juga scene sedih.. menitis gak air mata… huhuuu…
ke10--- kalo kome tengah frust ke kaciwa ka.. meh layan tengok Filem CUN ni.. sure tak nyesal punya… jangan lupa link kat SINI.
Credit : FB CUN movie, nak tengok lagi gambar-gambar, sila klik SINI
p/s:
harap tak muntah ijo maupun muntah darah.. saya memang suka menampal gambar… hehehhe
belum ada mood untuk review drama Nora Elena.. sebab saya belum dapat DIGEST drama ni seperti mana saya DIGESt drama Asmara..