Khamis, 22 Disember 2011

Home » , , » Kesiannya budak-budak ni.. camna doktor boleh tersalah potong?!

Kesiannya budak-budak ni.. camna doktor boleh tersalah potong?!





Salam bahagia,


Naik seram pulak saya, kot-kot hal macam ni terjadi pada anak saya. Saya rasa elok ajer kalo saya bawa anak terus ke klinik dan dikhatankan tanpa ikut proses berkhatan beramai-ramai. Bukan apa, bila sudah ramai sangat nak dikhatan dan doktor pulak tak berhenti-henti dok potong-potong dan potong.. kemungkinan kesilapan tidak dapat dielak. 

Namun begitu, doktor sepatutnya tidak ambil langkah mudah semasa membuat proses berkhatan, check betul-betul dulu sebelum lepaskan pesakit keluar dari bilik rawatan. Ntah lah saya rasa macam doktor tu cuai jer.. *jarang dengar doktor perempuan yang buat proses berkhatan untuk anak lelaki - tak tau lah kot saya ni dok dalam gelas kaca.. *  

Kesian pulak budak-budak ni.. nak kena berkhatan pulak sekali lagi tahun depan.. 



sumber

Silap potong!

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my






JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.



Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.



“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.



“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.



Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


33 ulasan:

  1. oucchh... siannye ... cmno punye doc ni ? kat klinik tmn kami ni ownernye doc pompuan tp utk khatan , dia hire doc lain

    BalasPadam
  2. alahai,siannya kan..nasib baik tak terpotong habis kan

    BalasPadam
  3. seriau plak dengar salah potong...kesian budak kecik2 ni

    BalasPadam
  4. aah kan yg lela tau pun doktor lelaki yg khatankan budak...

    BalasPadam
  5. siannya ... seram pulak ada kes cuai macam ni,, nyawa tu weiii...

    BalasPadam
  6. salam kak yong... lah yeke salah potong, siannya..

    kyong, jemput la join GA Alycia tu.. picca anak2 pun xpe.. kalau xdpt menang hadiah utama pun, mn tau nnt dpt FM kebaya tu sebagai saguhati ;)

    BalasPadam
  7. salam yong.Alhamdllh,anak k.atie dulu elok jer berkhatannya.syian bdk2 tue...

    Yonggggg..jom join GA ni,http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/12/giveaway-by-darkbatmancom.html

    BalasPadam
  8. alahai...... kesiannya kt budak2 ni...

    BalasPadam
  9. @Ummi Hanie ntah lah hanie.. kesian kan budak2 nih..
    kita bukan nak kata doktor perempuan tak boleh sunatkan budak, tp bila terjadi kes mcm ni, jd isu krediiliti pulak..

    BalasPadam
  10. @Ila dah tak pasal2 budak ni nak kena sunat sekali lagi..

    BalasPadam
  11. @Lin Azlina mau tak seriau lin.. kita org luor pun rasa berderau darah.. inikan pulak mak bapak budak2 ni.. mesti kaciwa & terkilan punya..

    BalasPadam
  12. Doktor tu tak ikhlas kot.Kerja cincai kalau tak, takkan jadi macam tu.

    BalasPadam
  13. kesiannya. doktor tu pun boleh cuai sgt. Mak bapak diaorg patut saman kot.

    BalasPadam
  14. kesian pulak dengan budak2 ni
    harap2 mereka tak terus menderita sakit bila ke sekolah nanti

    BalasPadam
  15. ngeriiiiiiiii!!!!
    igtkan tersalah potong.. upenye tak potong abis.. aduyaiiii

    BalasPadam
  16. Syukur anak-anak saya selamat berkhatan baru-baru ini tanpa ada komplikasi dan sedah sembuh sepenuhnya

    BalasPadam
  17. @Alycia okay .. terima kasih.. nanti kakyong join yer...

    BalasPadam
  18. @Lelord 1st time jugak dengor doktor prmpun khatankan budak.. bagus lah jika doktor prmpn pun boleh khatankan budak lelaki.. tp tak best bila jadi kes mcm ni

    BalasPadam
  19. @~ yus ~ kakyong pun teringat jugak nak tahu.. hehhe

    BalasPadam
  20. @eus bayangkan kalo anak teruna kita kena mcm tu.. anak org kena sunat sekali jer.. anak kita kena 2 kali.. haru..

    BalasPadam
  21. @♥♥azatiesayang ♥♥ yg ini katanya doktor perempuan yg sunatkan.. :|

    saya dah join GA darkbatman tu kak atie.. terima kasih sudi tag

    BalasPadam
  22. @Dalila Hamid rasa mcm terkena kat anak sendiri.. memang kesian

    BalasPadam
  23. @Scarlett O'Hara kakyong pun setuju dgn cikgu scarlett, koje cincai.. tak teliti..

    BalasPadam
  24. @transformed housewife kalo kakyong pun rasa nak saman juga.. cuai yg tidak sepatutnya..

    BalasPadam
  25. @tehr harapnya semoga anak2 ni cepat sembuh.. ngeri saya memikirkan kalo berdarah2 ni..

    BalasPadam
  26. @Yan salah potong lah tu.. x dipotong betul2..

    BalasPadam
  27. @akubiomed kalo betul caranya, pasti boleh baik dlm tempoh 1 minggu.. tp kalo dah sebulan,.. ish ish.. memang malang betui anak2 ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...