Ahad, 18 Disember 2011

Home » , , , » Bila Fauziah Ashari bersuara..

Bila Fauziah Ashari bersuara..





Salam bahagia,


Filem Ombak rindu yang telah pun mencapai jualan lebih RM10 juta selepas 2 minggu tayangan. Hebat kan.. tentulah hebat, buah tangan dari penulis Fauziah Ashari yang telah diulang cetak sebanyak 23 kali, pelakon-pelakon yang hebat, pengarah yang hebat.. dan memang hebat 4 hari tayangan sudah dapat RM4 juta.


Dan bila Fauziah Ashari bersuara menyatakan beliau 'tidak berapa puas hati'.. ramai pula pihak lain yang memanaskan lagi cerita dan membuat seolah-olah Fauziah Ashari sebagai 'orang salah'.


Ada yang memanaskan lagi dengan mengulas kalo dapat RM219,000 dah boleh buka bisnes sendiri atau buka kilang (ada blog yang ulas begini).. tapi harus juga kita congak, RM219,000 untuk tempoh 10 tahun novel Ombak Rindu berada di pasaran, secara purata lebih kurang RM21,900 setahun. Dan jika anda bukan seorang yang bebal, anda patut tahu, royalti sebanyak itu bukan lah diterima dalam bentuk pukal.. maka sendiri fikirlah kan.. pada saya, fakta menyebut tentang royalti ini hanya ingin mengaburi pembaca sahaja. (ini hanya pandangan saya seorang ibu yang tidak bekerja, mungkin cetek cara saya berfikir.. orang lain tak tahu lah)




Saya telah membaca hampir ke semua tulisan di suratkhabar mahupun di blog-blog hiburan dan blog yang suka copy-paste, tentang isu ketidakpuasan-hati Fauziah Ashari, bayaran tidak setimpal, royalti tidak disebut dalam perjanjian, tidak diajak berbincang semasa pembikinan skrip dan macam-macam lagi lah. Dan pihak Alf21 tersinggung dengan kenyataan beliau dan telah dimaafkan (saya pun kurang faham bahasa orang suratkhabar ni.. ayat macam sengaja nak 'membakar')



Anda boleh baca di sini, sini dan sini, (link artikel tidak mengikut sususan peristiwa..), pandai-pandai lah kome nak fahamkan isu ini. Anda boleh sahaja google, ramai blogger yang copy-paste berita yang sama. 


Cuma saya tertarik dengan artikel yang ditulis di SINI.. Ombak Rindu, hakcipta dan membela kepentingan pengkarya.


Saya pernah baca di blog kartunis Ubi (anda kenal kartunis Ubi?) berkaitan isu copyright [sila klik link jika berminat nak baca]. Ada 4 bahagian yang ditulis oleh kartunis Ubi, setiap bahagian 1 entri. JIka anda berminat, sila klik link dibawah ini :


Saya rasa penulisan kartunis Ubi ini amat membantu untuk kita memahami serba sedikit tentang hakcipta, harta intelek.. saya suka penulisan yang mudah dan contoh yang boleh difahami.

jika ingin tahu lebih mungkin boleh bertanya dengan Mama Zharfan (kenalan blog saya) kerana beliau punya PhD dalam jurusan IP (intelectual property).


Dalam kes Fauziah Ashari ni, isunya memang berkenaan dengan hakcipta. Dalam kes beliau ini, beliau adalah pengkarya asal (pemilik hakcipta) dan Alaf21 pula pemegang hakcipta. Dua-dua pihak mempunyai hak ke atas novel Ombak Rindu.

* kita tidak tahu bagaimana isi perjanjian Alaf21 dengan penulis-penulisnya, tetapi didalam semua novel terbitan Alaf21.. ada disebutkan novel tersebut adalah HAK TERPELIHARA - mana-mana pihak tidak boleh menerbit atau pun menukarkannya ke dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pihak ALAF21. *


Namun, ada juga perjanjian diantara penulis dan penerbit buku yang membual mutual-deal.. di mana sekiranya hasil karya ingin ditukar ke bentuk drama dan sebagainya, pemilik asal berhak untuk memantau @ campur tangan dalam pembikinan skrip dsbnya. Pemilik asal juga akan dibayar royalti mengikut pembahagian peratusan yang dipersetujui oleh Penerbit buku. 


Saya tidak ingat saya baca di mana, tetapi ada disebut, pihak penerbit buku/novel akan mengenakan royalti kepada pihak penerbit drama sekiranya novel mahu dijadikan drama berantai. Jadi dalam kes Alaf21 dan Ombak Rindu ini, seperti ada yang 'tertinggal' tentang royalti.. betulkah tidak disebut dalam perjanjian antara Alaf21 , penulis dan produksi Ombak Rindu? JIka ada, takkan lah Fauziah Ashari bersuara.


Semoga hal ini menjadi iktibar untuk penulis yang lain. Almaklumlah fenomena adaptasi novel ke drama dan filem telah menjadi trend yang sangat-sangat HOT. Semoga semua pihak yang terlibat mendapat habuan yang sewajarnya. 


Susah juga jadi penulis kan.. lebih-lebih lagi di Malaysia ni.. bila penulis naif, penulis di'kencing' oleh penerbit buku. Bila penulis mampu menerbit buku sendiri, ada juga lebih ramai penerbit lain yang mahu 'kencing' penulis tadi. Dunia penulisan dan penerbitan di Malaysia ni tak lah luas mana.. jadi apa salahnya bersaing secara baik kan.. ... eh, apa ntah yang saya dah merepek nih.. hahahha.. saya pun dah penin sebenarnya nak ulas isu nih.. sampai merepek-merepek dah...




disclaimer : ini hanya pandangan seorang ibu yang tiada apa pun kefahaman tentang tendang terajang dunia penulisan mahupun isu hakcipta..  sekadar mengulas dengan ilmu yang terbatas. Hanya pandangan peribadi sahaja dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. sekian, terima kasih kerana sudi membaca.



.. lastly, jika tiada penulis novel Ombak Rindu, tiadalah penerbit Alaf21 dan jika tidak kerana novel tersebut telah diulangcetak sebanyak lebih 20 kali, tentulah tiada yang berminat untk di filemkan.. takkan nak filemkan novel yang tak laku.. jika tiada filem Ombak Rindu.. dan tiadalah Aaron & Maya Karin penyeri filem itu.. kan. .. ah, saya merepek lagi.. 









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...