Sabtu, 24 Disember 2011

Home » , , , » Pemanas air di bilik mandi.. membawa maut

Pemanas air di bilik mandi.. membawa maut




Salam bahagia,


gambar dari SINI


Bilik air/mandi rumah kome ade heater @ pemanas air ?

Di rumah saya takde.. memang ade plan sejak 7 tahun dulu lagi nak beli heater.. tapi tiap kali nak beli ade ajer asbab yang menyebabkan bajet untuk beli heater digunakan untuk tujuan lain.

Jadi, masa dalam pantang mahupun demam.. memang masak air dalam periuk besor.. pastu berangkut ler periuk ke dalam bilik mandi.. *suami lah yang tolong angkatkan*  heheh.. ala2 kampung gitu.


Actually dalam bilik mandi kami  memang ada reserve kan ruang untuk letak pemanas air.. tapi sejak dengor berita ade yang maut gara-gara pemanas air, maka suami kata, 'tak payah beli lah'. Lagipun anak-anak saya tahan ajer mandi air sejuk.. sebenarnya tak dibiasakan mandi air panas dari kecil mandi air panas.. 

Selalunya semasa nak membeli pemanas air ni, penjual memang ada beritahu, "ini barang waterproof punya. Tak ada electric circuit punya.. Ada warranty. Ini barang memang baik punya.. bla bla bla.."  

Saya tak ingat saya baca di mana, tapi katanya :
  • pemanas air perlu dibersihkan bahagian dalam nya, sekurang-kurang setahun sekali untuk membuang habuk, kotoran, pasir dsb (apa ya ada dalam pemanas air tu,.. ) supaya aliran air tidak tersangkut.. (?!)
  • periksa safety valve (alat yang mengawal tekanan & suhu air), tukar secara berkala. JIka alat itu rosak mungkin akan berlaku peningkatan suhu air secara mendadak.


Bulan Oktober 2011 lalu, berita kematian disebabkan renjatan elektrik kerana pemanas air ini berlaku di Kuching, Sarawak, sumber 


KUCHING: Rasa pelik bunyi air pancutan dalam bilik mandi selama beberapa jam membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemanas untuk mandi, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang juga seorang juruteknik, Mohd Nesruddin Saji, 48, ditemui mati dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Cahaya, Jalan Batu Kawa, di sini dengan sebahagian muka dan badannya melecur.

Mayatnya ditemui anak saudaranya yang curiga apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain televisyen masih terbuka sebelum membuat pemeriksaan.

Menurut anak saudaranya, Stephen Ng Wee Chung, 18, dia terkejut ketika menemui bapa saudaranya itu sudah tidak lagi bernyawa dengan tangan kiri menggenggam pemegang pemanas air manakala bahagian kiri muka serta dada kehitaman seperti kesan terbakar.

“Ketika kejadian, bapa saudara saya seorang diri di rumah kerana ibu saudara pulang ke kampung di Serian. Rumah saya terletak berhampiran dan menjadi kebiasaan bagi saya dan ahli keluarga lain untuk menjenguknya setiap hari,” katanya.

Katanya, sebelum itu, adik lelakinya, Wee Kim, 16, ada ke rumah itu kira-kira jam 11 malam namun tidak mengesyaki apa-apa mencurigakan kerana memikirkan bapa saudaranya itu sedang mandi.

“Apabila adik saya ke rumah itu, dia mendapati televisyen masih terbuka dan terdengar bunyi air dari dalam bilik air. Adik ketika itu menyangka bapa saudara saya itu sedang mandi sebelum terus pulang semula ke rumah kami,” katanya.

Katanya, dia kemudian kembali beberapa jam kemudian untuk memeriksa keadaan namun berasa tidak sedap hati apabila tidak ternampak kelibat bapa saudaranya itu selain mendapati pintu rumahnya tidak dikunci.

“Saya berasa pelik kerana mendapati bapa saudaranya masih mandi dan memanggilnya beberapa kali namun tiada jawapan sebelum menolak pintu bilik air,” katanya.

Stephen berkata, dia percaya bapa saudaranya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi kerana dia turut merasainya ketika cuba mengalihkan pemegang pemanas air itu dari tangan bapa saudaranya itu.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa memotong wayar elektrik pemanas air berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar dari bilik air.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalankan bedah siasat.



dan baru ini, kejadian berlaku di Penang pulak.. 


sumber


GEORGETOWN: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca dari alat pemanas air ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Changkat, Bukit Gambir di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemilik kedai alat telekomunikasi Tye Chuan Sin, 40, ditemui terbaring kaku dalam keadaan bogel oleh isterinya selepas terkena renjatan elektrik dari peralatan berkenaan dipercayai mengalami litar pintas.

Mayat mangsa ditemui dengan kesan melecur di leher serta badan akibat renjatan elektrik terhasil daripada paip alat pemanas air itu.

Menurut sumber polis, mangsa sepatutnya menjemput anak perempuannya pulang dari kelas tambahan, namun anaknya musykil apabila panggilan telefon dibuat kepada bapanya itu langsung tidak dijawab.

“Anak mangsa menghubungi ibunya dan meminta menjemput dia pulang dari kelas tambahan sebelum memberitahu panggilan telefon dibuat kepada bapanya langsung tidak dijawab.

“Isteri mangsa ketika itu berada di tempat kerja mula risaukan suaminya sebelum cuba menghubungi lelaki itu, namun panggilannya juga tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, sejurus sampai di rumah, dua beranak terbabit terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati mangsa terbaring tidak bernyawa dalam bilik air rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan mengenainya.

“Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan HPP enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian itu.






berhati-hati lah dengan pemanas air.. malang tidak dapat dijangka.. awasi anak-anak kecil mandi dibilik air..  
Ini antara kes yang dilaporkan.. mungkin ada banyak lagi kot kes yang tidak dilaporkan..


dalam rumah kita ni banyak barangan elektrik kan : blender, mesin basuh, periuk nasi, boiler, dan macam-macam lagi... jadi memang harus berwaspada bila mengendalikannya.. risau jugak kan kalo terkena renjatan elektrik ni.. 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...