Isnin, 19 Disember 2011

Home » , , » 1Malaysia TV - tv internet Malaysia

1Malaysia TV - tv internet Malaysia




Salam bahagia,



1Malaysia TV ni dikatakan tv internet pertama negara. Saya dah jengah dah.. hehheh... masih lagi dalam mode meng'explore'..








Semalam sudah dirasmikan oleh Perdana Menteri semalam 18 Dec 2011. boleh baca berita di SINI.





Oleh SOFIAN BAHAROM dan MOHD. ASRON MUSTAPHA

pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Dis. – Sejarah media baru negara telah terukir hari ini dengan pelancaran televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Televisyen interaktif yang boleh dilayari menggunakan telefon pintar dan tablet itu merupakan wadah dan sumber terbaharu bagi belia mendapatkan maklumat, berita dan mesej meliputi isu-isu semasa yang melibatkan golongan tersebut.

Dengan melayari www.1malaysiaiptv.com.my atau www.erama.tv/mobiletv, pengguna boleh mengakses rangkaian saluran menarik seperti RTM1, RTM2, TV3, TV AlHijrah, My Youth TV (MyTV), CCTV1, e-Korea TV dan Documentary TV.

Penasihatnya, Datuk Md. Afendi Hamdan, berkata pelancaran saluran Internet itu adalah sejajar dengan galakan kerajaan dalam membawa gagasan 1Malaysia ke dalam media baru yang canggih merangkumi dunia Internet, peralatan komunikasi digital dan telefon mudah alih pintar.

“Lebih membanggakan Malaysia Book of Records (MBOR) turut mengiktirafkan 1Malaysia TV sebagai saluran media baru pertama yang berkonsep 1Malaysia.

“Ia bertepatan dengan cita rasa golongan muda yang mahukan maklumat terkini dengan lebih pantas selain mampu meletakkan negara pada kedudukan dalam kalangan yang terbaik.

“Ini kerana, penyebaran maklumat menerusi media baru ini mampu menjamin kebolehan media tempatan menyebarkan pengisian maklumat ke dunia yang lebih luas tanpa sempadan.

“Dunia media baru mampu mencapai sasaran terutamanya bagi golongan muda yang amat bergantung kepada Internet dan peralatan telekomunikasi mudah alih pintar dalam kehidupan seharian mereka,” katanya pada majlis Pelancaran 1Malaysia TV di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz serta pengarah filem Ahmad Idham.

Pada majlis berkenaan, Rosmah mendapat kejutan berupa sebuah kek sempena hari kelahirannya ke-60.

Tambah Md. Afendi, perkembangan pantas teknologi baharu yang telah mengubah cara hidup dan berfikir generasi masa kini kepada kehidupan yang serba canggih turut selari dengan pendekatan kerajaan selama ini.

“Justeru, bagi menyahut usaha-usaha kerajaan ini, kita wujudkan kesinambungan di antara segenap lapisan generasi yang berbeza agar masyarakat bergerak pada aliran masa yang sama dan tidak ketinggalan,” ujarnya.

Aplikasi 1Malaysia TV juga boleh dimuat turun melalui iTunes App Store bagi iPhone, Blackberry App World (Blackberry) dan Android Market (Android) secara percuma selama tiga hari iaitu bermula hari ini dan akan mengenakan bayaran RM3 selepas itu.





klik SINI untuk jadi ahli 1Malaysia TV

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


10 ulasan:

  1. SEMUA NAK LETAK PERKATAAN 1MALAYSIA YA

    BalasPadam
  2. haha malas pulak saya nak join tu kakyong sebab saya memang tk bape suka tonton online ..

    BalasPadam
  3. @puanbee
    jaoin jadi ahli tu dpt point.. ntah macamana dah baca T&C tp tak berapa nak faham..

    sempat la tadi tgk Tentang Dhia via online.. sbb anak2 tgk kartun kat tv2.. ;)

    BalasPadam
  4. skrg semuanya berkait dgn internet ... ;)

    BalasPadam
  5. @Ummi Hanie tu lah hanie.. tp harapnya bermanafaat & tdk disalahguna kan

    BalasPadam
  6. tenet slow.. payah nak tgk tv internet :)
    usaha yg baik utk dekatkan masy it dgn 1Malaysia

    BalasPadam
  7. online kat malaysia ni asyik sangkut-sangkut jer..hehehe..bilalah nak naik taraf perkhidmatan internet kat malaysia ni

    BalasPadam
  8. @sop kalo yg tenet laju, memang sedap lah.. kakyong guna streamyx ni kira okay lah.. tp bukan ada masa sgt pun nak adap tv sop.. hihi

    BalasPadam
  9. @Ila Ila guna apa? kakyong guna streamyx ni okay jer.. jiran guna streamyx yg lebih laju.. heheh.. kita xdak bajet nak upgrade guna streamyx yg lebih laju.. yg ada ni pun dah bersyukur.. kdg2 jer tingtong..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...