Ahad, 18 Disember 2011

Home » , , , » Bila Fauziah Ashari bersuara..

Bila Fauziah Ashari bersuara..





Salam bahagia,


Filem Ombak rindu yang telah pun mencapai jualan lebih RM10 juta selepas 2 minggu tayangan. Hebat kan.. tentulah hebat, buah tangan dari penulis Fauziah Ashari yang telah diulang cetak sebanyak 23 kali, pelakon-pelakon yang hebat, pengarah yang hebat.. dan memang hebat 4 hari tayangan sudah dapat RM4 juta.


Dan bila Fauziah Ashari bersuara menyatakan beliau 'tidak berapa puas hati'.. ramai pula pihak lain yang memanaskan lagi cerita dan membuat seolah-olah Fauziah Ashari sebagai 'orang salah'.


Ada yang memanaskan lagi dengan mengulas kalo dapat RM219,000 dah boleh buka bisnes sendiri atau buka kilang (ada blog yang ulas begini).. tapi harus juga kita congak, RM219,000 untuk tempoh 10 tahun novel Ombak Rindu berada di pasaran, secara purata lebih kurang RM21,900 setahun. Dan jika anda bukan seorang yang bebal, anda patut tahu, royalti sebanyak itu bukan lah diterima dalam bentuk pukal.. maka sendiri fikirlah kan.. pada saya, fakta menyebut tentang royalti ini hanya ingin mengaburi pembaca sahaja. (ini hanya pandangan saya seorang ibu yang tidak bekerja, mungkin cetek cara saya berfikir.. orang lain tak tahu lah)




Saya telah membaca hampir ke semua tulisan di suratkhabar mahupun di blog-blog hiburan dan blog yang suka copy-paste, tentang isu ketidakpuasan-hati Fauziah Ashari, bayaran tidak setimpal, royalti tidak disebut dalam perjanjian, tidak diajak berbincang semasa pembikinan skrip dan macam-macam lagi lah. Dan pihak Alf21 tersinggung dengan kenyataan beliau dan telah dimaafkan (saya pun kurang faham bahasa orang suratkhabar ni.. ayat macam sengaja nak 'membakar')



Anda boleh baca di sini, sini dan sini, (link artikel tidak mengikut sususan peristiwa..), pandai-pandai lah kome nak fahamkan isu ini. Anda boleh sahaja google, ramai blogger yang copy-paste berita yang sama. 


Cuma saya tertarik dengan artikel yang ditulis di SINI.. Ombak Rindu, hakcipta dan membela kepentingan pengkarya.


Saya pernah baca di blog kartunis Ubi (anda kenal kartunis Ubi?) berkaitan isu copyright [sila klik link jika berminat nak baca]. Ada 4 bahagian yang ditulis oleh kartunis Ubi, setiap bahagian 1 entri. JIka anda berminat, sila klik link dibawah ini :


Saya rasa penulisan kartunis Ubi ini amat membantu untuk kita memahami serba sedikit tentang hakcipta, harta intelek.. saya suka penulisan yang mudah dan contoh yang boleh difahami.

jika ingin tahu lebih mungkin boleh bertanya dengan Mama Zharfan (kenalan blog saya) kerana beliau punya PhD dalam jurusan IP (intelectual property).


Dalam kes Fauziah Ashari ni, isunya memang berkenaan dengan hakcipta. Dalam kes beliau ini, beliau adalah pengkarya asal (pemilik hakcipta) dan Alaf21 pula pemegang hakcipta. Dua-dua pihak mempunyai hak ke atas novel Ombak Rindu.

* kita tidak tahu bagaimana isi perjanjian Alaf21 dengan penulis-penulisnya, tetapi didalam semua novel terbitan Alaf21.. ada disebutkan novel tersebut adalah HAK TERPELIHARA - mana-mana pihak tidak boleh menerbit atau pun menukarkannya ke dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pihak ALAF21. *


Namun, ada juga perjanjian diantara penulis dan penerbit buku yang membual mutual-deal.. di mana sekiranya hasil karya ingin ditukar ke bentuk drama dan sebagainya, pemilik asal berhak untuk memantau @ campur tangan dalam pembikinan skrip dsbnya. Pemilik asal juga akan dibayar royalti mengikut pembahagian peratusan yang dipersetujui oleh Penerbit buku. 


Saya tidak ingat saya baca di mana, tetapi ada disebut, pihak penerbit buku/novel akan mengenakan royalti kepada pihak penerbit drama sekiranya novel mahu dijadikan drama berantai. Jadi dalam kes Alaf21 dan Ombak Rindu ini, seperti ada yang 'tertinggal' tentang royalti.. betulkah tidak disebut dalam perjanjian antara Alaf21 , penulis dan produksi Ombak Rindu? JIka ada, takkan lah Fauziah Ashari bersuara.


Semoga hal ini menjadi iktibar untuk penulis yang lain. Almaklumlah fenomena adaptasi novel ke drama dan filem telah menjadi trend yang sangat-sangat HOT. Semoga semua pihak yang terlibat mendapat habuan yang sewajarnya. 


Susah juga jadi penulis kan.. lebih-lebih lagi di Malaysia ni.. bila penulis naif, penulis di'kencing' oleh penerbit buku. Bila penulis mampu menerbit buku sendiri, ada juga lebih ramai penerbit lain yang mahu 'kencing' penulis tadi. Dunia penulisan dan penerbitan di Malaysia ni tak lah luas mana.. jadi apa salahnya bersaing secara baik kan.. ... eh, apa ntah yang saya dah merepek nih.. hahahha.. saya pun dah penin sebenarnya nak ulas isu nih.. sampai merepek-merepek dah...




disclaimer : ini hanya pandangan seorang ibu yang tiada apa pun kefahaman tentang tendang terajang dunia penulisan mahupun isu hakcipta..  sekadar mengulas dengan ilmu yang terbatas. Hanya pandangan peribadi sahaja dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. sekian, terima kasih kerana sudi membaca.



.. lastly, jika tiada penulis novel Ombak Rindu, tiadalah penerbit Alaf21 dan jika tidak kerana novel tersebut telah diulangcetak sebanyak lebih 20 kali, tentulah tiada yang berminat untk di filemkan.. takkan nak filemkan novel yang tak laku.. jika tiada filem Ombak Rindu.. dan tiadalah Aaron & Maya Karin penyeri filem itu.. kan. .. ah, saya merepek lagi.. 









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


18 ulasan:

  1. betul kata kak yong, setahu saya royalti bukan dapat gedebuk..selalu part by part dan setelah ditolak dengan tax bagai..bila bercakap ttg hakcipta tur, rasanya memang wajar ada satu perjanjian yg mana penulis berhak utk mendapat certain2 amaun sekiranya filem tu meletup..

    harapnya penerbit filem ombak rindu dapat consider jugak pasal. Mungkin bukan skrg sbb penerbit filem juga perlu menunggu masa at least 1/2 thn ke setahun jugak utk dapat balik duit collection dr sesebuah filem. Prosedur agak pjg & kena tolak tax bagai dulu. :). Itu berdasarkan pengetahuan cetek & pengalaman saya masa keja kat tmpt lama. Sebab tu ramai penerbit hanya buat 1-2 filem jer setahun kecuali x-boss saya tur..

    BalasPadam
  2. org surat khabar memang suka buat story yg seolah2 sengaja nak laga2 2 pihak, kadang terlebih perisa pun ya dalam artikel/berita yg diaorang tulis, sbb tu kena rujuk ngan byk sumber baru fhm satu2 isu tu kan

    BalasPadam
  3. Bila naif senang dimanipulasi. Berapa ramai yang baca dan faham mengenai terma-terma perjanjian? Lebih-lebih lagi didalam dunia siber contoh ketika membuka akaun Facebook ada yang baca terma-terma? Tanpa berfikir panjang laju sahaja bersetuju untuk buka akaun FB. Terma-terma PTPN? Terma-terma perjanjian sewa beli kereta dan rumah dan pelbagai lagi.

    Saya pernah menolak untuk menandatangani perjanjian supaya terikat dengan syarikat selepas menghadiri latihan kerana ia adalah perjanjian berat sebelah.

    BalasPadam
  4. @MamaYatie

    sepatutnya klausa tu patut ada disebut semasa perjanjian antr alaf21/penulis & produksi filem.. kesian kan, bila penulis dinafikan hak ke atas karyanya..


    hahha... david teoh memang hebat.. brp filem dia dlm setahun.. kdg2 terpk gak, camner dia roll-up modal dia... teringin lah nak jadi akauntan company dia... lalallala... verangan jer la..


    yer.. tahu bab kutipan dr panggung utk sampai ke tgn produksi filem.. isu ni pernah heboh bbrp tahun dulu...

    BalasPadam
  5. @Anamarza

    nak bagi laku suratkhabar.. mcm tu lah.. buat ayat/statement kontoversi.. nanti org sibuk beli s/khabar sbb nak tahu follow up cerita..

    BalasPadam
  6. @MamaYatie

    jika baca betul2 statement dr Alaf21.. royalti adalah RM4,000.. tp dari kefahaman kakyong, royalti tidak sepatutnya ditentukan dgn cara sedemikian.. ia sepatutnya % tertentu dari jualan/kutipan mahupun keuntungan dr penerbtan filem tersebut.

    BalasPadam
  7. @akubiomed

    setuju dgn anda.. membaca terma perjanjian dgn betul tu sgt penting..

    kakyong ni jarang sign perjanjian tetapi semasa mbuka firm consultancy dgn kawan dulu, kami memang dilantik utk mbaca perjanjian & menerangkan dgn jelas kpd pihak yg akan turun tandatgn.. penin jugak bila baca term & klausa perjanjian ni, lebih lagi semua dlm BI.. namun sebaiknya elok lantik peguam, sbb peguam memang mahir dlm hal2 ini kan.. mungkin ada kekurangan yg mereka boleh detect sblm diturunkan tandatangan..

    BalasPadam
  8. @kakyonghaha...dia bukan buat satu bis jer kak yong..byk cbg & tak byk org tau..dan bukan dlm m'sia ajer..tp biasalah adat dlm hidup,sblm jadi pakcik kayo terpaksa la rugi juta2 lemon dulu :)

    BalasPadam
  9. @kakyong setuju sngt..mmg patut gitu, sebagaimana perjanjian antara artis dgn penerbit..beautiful nara pun kata gini

    BalasPadam
  10. makin byk baca berkaitan isu ni, makin tak faham, siapa yg salah siapa yg betul. Sebagai peringatan sebelum tanda tangan apa-apa perjanjian mmg kena baca syarat -syaratnya, supaya kita faham dan tidak kena tipu.

    BalasPadam
  11. baca perjanjian dengan telitu memang penting
    tak la menyesal kemudian hari

    BalasPadam
  12. belum sempat lagi nak tengok.. teringin sangat. tp kena bawwak tissues banyak2 ye..

    BalasPadam
  13. haih..fenin Hanie soal royalti2 dan hakcipta ni ... beginilah senario di malaysia ... tak mcm di luar negara ... masing2 faham hak masing2

    BalasPadam
  14. @Kimmie
    bukan kita utk menghakimi siapa betul siapa salah.. tp bila isu begini berbangkit ada hikmahnya utk penulis yg lain juga.. & kita juga boleh belajar sesuatu dari isu sebegini

    BalasPadam
  15. @tehr
    mungkin dah baca dgn teliti, tp kurang tahu kot masa tu hak dia sebagai penulis.. jd lepas ni semua penulis harus amik port hak atas karyanya.. juga hal2 ini mengikut saluran undang2..

    BalasPadam
  16. @Yan
    ramai yg review best.. cuma part 'tut' yg spoil sikit..

    ade juga yg review, novel lagi best dari filem..

    BalasPadam
  17. @Ummi Hanie ya betul hanie.. harap2 Akta tu akan dikuatkuasakan semula & semoga penulis/pengkarya ada hak penuh ke atas karyanya.. dan setiap kita pun pasni kena belajar utk memahami isu hakcipta ni...

    menulis blog pun berkait dgn hakcipta jugak.. x sewenang2 nya org boleh copy paste, kecualikan berita2 yg kita pun copy paste..

    BalasPadam
  18. yan tak sure novel 'ombak rindu' ni yan pnh baca ke idak...
    kesian jugak dgn penulisnya.. mujurla dia bole dikatakan ada 'nama'... klu penulis2 picisan.. lgla takde sape nak layan gaknye...

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...