Isnin, 5 Disember 2011

Home » , , » Pernah guna HP sauce dan tabasco??

Pernah guna HP sauce dan tabasco??





Salam bahagia,


NI sekadar catatan di petang hari, sengaja saya letakkan beberapa link untuk tujuan rujukan masa depan


Seriusly, saya memang tak pernah guna HP sauce. Tak perasan pun sos ni ada di pasaran dan digunakan sebagai penambah perisa dalam makanan. 



gambar ni saya cilok dari sini


Tabasco pula, suami saya pernah beli.. sekali.. tak silap tahun lepas.. tapi sebab takde chop HALAL, dan saya meragui nya.. maka masuklah ke tong sampah. Btw, kata suami saya, di hotel2 depa akan titiskan tabasco dalam coleslow @ salad campur.. *suami saya memang pernah bekerja di hotel lebih dari 5 tahun*



ni gambar dalam berita harian online hari ni.. terkedu saya bila baca berita nih..


Kome klik lah link ni untuk baca berita nya.. Sos DNA babi diletak sebaris produk halal



Kalo di Tesco tempat saya ni pun, tabasco ni dia letak elok-elok susun dalam kabinet yang sama dengan sos yang lain.


Serius, saya langsung tak tahu @ mungkin tak perasan yang Tabasco ni ada DNA babi... *dulu tak rajin selak suratkhabar, sekarang ni hari-hari kena baca*  berita tentang pengesahan ini, boleh kome baca kat sini JAKIM confirms pig DNA found in popular seasoning sauces (17 Jun 2011)

Saya tidak pasti adakah lagi berita pengesahan @ maklumbalas dari JAKIM kerana HJ Heinz memberi kenyataan produk mereka halal (16 Jun 2011) dan mendapat sijil halal daripada INFANCA (Tabasco) dan HAC (HP sauce).



HAC (Halal Audit COmpany) ni berdaftar dan beroperasi di Belanda/Netherland. JIka dilihat dalam senarai Badan Islam yang diiktiraf bagi tahun 2011. HAC memang tiada dalam senarai.




Camana pulak dengan status kicap manis ABC Heinz tu?? Halal ke? Kicap ABC Heinz ni pun saya tak pernah guna.. ingat tak iklan yang dilakonkan oleh salah seorang chef popular negara. ?/!! 

Bila disemak, HJ Heinz ini pun tidak termasuk dalam senarai permohonan luar negara yang diluluskan. So, tak yah guna lah..


Saya sekeluarga guna kicap Tamin ajer.. sokonglah produk keluaran Malaysia. 


*masa umur 19 tahun (20 tahun dulu), saya pernah temuramah Pak Tamin di Kilang kicapnya di Batu Gajah. Rumah dia bersebelahan ajer dengan kilang kicap. Assignment masa di matrik, siap dapat anugerah saguhati lagi





gadget impian saya.. jom support saya.. klik gambar yer









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


26 ulasan:

  1. Kalau was2 lebih baik jgn guna kan KAk Yong... Jom support produk keluaran anak tempatan.. Zie guna produk MUDIM... cuka ada, sos pedas ada, sos tiram ada, kicap manis ada, kicap masin pun ada.. Yang penting halal... :)

    BalasPadam
  2. dari dulu was-was dengan sos ni. jadi, tak pernah rasa. hoho

    BalasPadam
  3. memang tk pernah guna atau beli , tp makan dimana2 tu tk tahulah kakyong .. pakai sos biasa2 je

    BalasPadam
  4. Assalam...
    Salam kenal...
    Terima kasih singgah Teratak Usang.
    Tak pernah beli pun sos tu tapi biasa makan pizza je 2 tahun lepas. Dengar kata sos tu ada dalam pizza...
    Sekarang ni macam2 benda yang ada DNA khinzir.

    BalasPadam
  5. Nasib la tak pernah guna dua2 produk tu.

    BalasPadam
  6. oooo.. tapi nani lom pernah beli or makan sos ni.. entah la pasai apa, tak de terasa nak beli pun.. entah utk perasa ape ye gunanya sos ni kak yong? hmmmm..

    BalasPadam
  7. pernah tgk kat kedai tapi tak pernah beli pun sbb tak de keperluan :)

    BalasPadam
  8. izan pun tak pernah guna sos2 ni kakyong... kalau sos biasanya suka beli LIFE, kicap Jalen...

    yuppp...sokong produk tempatan....

    BalasPadam
  9. saya mmg tak pernah beli...termasuk lah biskut heinz tuk baby tu...cuma risau kot bila makan kat luar tu (esp dgn boss yg suka bawak pegi tmpt2 eksklusif sket tu)huhu...susah betul nak memahamkan dia..pernah duk argue ngan dia pasal halal food...alahai boss...

    saya pakai tamin/ kipas udang...sodap kan...

    BalasPadam
  10. rasanya sos ni ade diguna kat nandos kalo x silap la..saya x penah guna/makan sos tu..lagi sedap sos buatan malaysia..lebih kene rasanya dengan anak tekak saya yg mmg pure malaysian nih..hihi~!

    BalasPadam
  11. Tabasco sos tu ada kat pizza hut. Tak pernah guna.
    Yati pun sama, tak adabi, guna kipas udang.

    BalasPadam
  12. tak pernah guna ni
    biasa dengan kicap adabi je

    BalasPadam
  13. xpernah jumpe apatah lg beli ...

    tp klu termakan tu wallahua'lam ... zmn skrg ni kena hati2 bebenor pasal mkn2 ni kan

    BalasPadam
  14. @Zie Fauzi masa kakyong dok di Kulim dulu, mak angkat guna sos/kicap local jer.. x ingat jenama apa.. tp memang sedap sosnya..

    now dah balik Perak, kita sokong produk org Perak lah pulak.. hihi..

    BalasPadam
  15. @titan kurang2 ada rasa was-was.. kakyong ni baru tahu... haru sungguh la..

    BalasPadam
  16. @puanbee itu lah Bee, kalo makan kat luar, susah jugak nak dijamin., tp 2-2 sos ni byk digunakan oleh restoren mewah @ hotel..

    BalasPadam
  17. @iza salam kenalana :D
    tu lah , bila di katakan piza hutt ada guna sos nih.. adoii.. stop lah makan pizza dulu & rasanya patut di panjangkan hal ini dgn JAKIM.

    BalasPadam
  18. @JaSSNaNi tak silap sos HP ni mcm sos tomato kot.. sbb kalo masuk ke site heinz ni, dia tunjuk gambar ladang tomato... & ada juga sos utk bbq dsb... WA

    BalasPadam
  19. @Anamarza betu kan Ana, jika brg tu kita tak guna, buat apa nak beli pulak kan..

    BalasPadam
  20. @Izan Ishak kakyong pun guna sos life.. anak2 suka sos tu.. sblm ni guna kimball, anak2 x brp suka..

    BalasPadam
  21. @MamaYatie betul tu Yatie.. byk restoren dan hotel yg gunakan 2-2 sos ni...

    kalo bos bukan Islam memang begitu.. hatta kawan sekerja yg bukan Islam pun ade yg sengaja kurang cuba nak memahami...

    BalasPadam
  22. @ibu MZW @ farah idayu kakyong tak penah makan di Nandos... hihii

    yer, jom kita sokong barang buatan M'sia..

    BalasPadam
  23. @Yati tu la yati.. kena tanya org yg koje piza depa masukkan dlm piza @ hanya sebagai penambah rasa jer.. huhuu.. ngeri plak kan..

    BalasPadam
  24. @Ummi Hanie tabasco ade di piza hut, tp tak pasti semasa penyediaan ada dimasukkan @ tidak.. rasanya mungkin hanya sebagai penambah rasa pedas.. sbb tabasco ni pedas.. pedas nya macam mustard tu..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...