Jumaat, 2 Disember 2011

Home » , , » Sanggup rompak rumah sendiri?

Sanggup rompak rumah sendiri?





Salam bahagia,


Tidak dapat dinafikan lagi, kasih sayang dalam sebuah keluarga masyarakat masa kini memang semakin kian terharis. Anak remaja yang sepatutnya tekun di bangku sekolah,--  lari dari rumah, berhenti sekolah.. apa tindakan ibubapa?! Paling sedih bila anak kembali ke rumah dan membongkar rumah.. adakah kerana dendam, benci dan merasa tidak dipedulikan, maka anak-anak sanggup bertindak begini..




semoga kasih sayang kita dan anak-anak kekal selamanya.. sedih bila kasih sayang 'hilang' dan jangan buat anak rasa 'terbuang'..



UMobileBIS for unlimited data, and win a BB too! 



Anak ajak rakan rompak ibu sendiri
Oleh HAMDAN TAWADi
pengarang@utusan.com.my


BATU PAHAT 1 Dis. - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak melakukan jenayah dengan mengajak rakannya untuk merompak rumah ibunya sendiri di Taman Tanjung Indah di sini.


Remaja yang tidak bersekolah dan dikatakan telah lari dari rumah ibunya sebelum ini, mengajak tiga rakannya untuk memecah masuk kediaman ibunya yang berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang.

Dua daripada rakannya itu juga remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, kesemua mereka menetap di Gelang Patah, Johor Bahru.

Mereka memecah masuk rumah wanita berusia 42 tahun itu pada 1 November lalu tetapi kecekapan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang ditahan secara berasingan pada 25 November lalu di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa membuat laporan rumahnya dipecah masuk setelah menyedari mangga pintu gril hadapan rumahnya dipotong dan kehilangan wang tunai RM5,000 serta sebuah komputer riba jenama Acer.

Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang bekerja pada pukul 7.40 petang.

"Hasil siasatan polis, semua wang tunai yang dicuri dibahagikan sama rata manakala komputer riba mangsa dijual di sebuah kedai komputer di pusat beli-belah di Plentong, Johor Bahru," katanya.

Suspek yang berusia 42 tahun dikatakan mengambil semua wang hasil jualan komputer riba itu bernilai RM2,500, berdasarkan penemuan resit jualan di kedai komputer tersebut.

Din berkata, anak mangsa yang ditahan di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru mengaku menjadi perancang dan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah itu manakala tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


18 ulasan:

  1. tergamak betul anak dia kan..betul2 dah hilang kasih sayang ni..:(

    BalasPadam
  2. anak jiran bee ada yg mcm ni kak yong , kesian mak dia , tong gas pun diorang ambik , pengaruh dadah

    BalasPadam
  3. aduhai..mana nilai kasih sayang terhadap ibu.

    BalasPadam
  4. perbuatan yang sangat2 tak betul
    sedih

    BalasPadam
  5. Ya allah. Sanggup buat mcm tu kat mak sendiri. MIntak2 anak2 kita tak begini.

    BalasPadam
  6. @puanbeekalau pengaruh dadah n terdesak nak beli dadah xde duit, jalan mudah curi n rompak keluarga...mudahkan kita dijauhkan perkara mcm ni

    BalasPadam
  7. @tehr memang sangat2 tak betul.. mungkin ada dendam di hati anak.. mungkin cara ibubapa melayannya yg buat anak bertindak begitu..

    BalasPadam
  8. @transformed housewife amil iktibar dr kes mcm ni.. jaga & didik anak2 elok2.. jgn sekali buat anak terasa hilang kasih sayang, sbb bila dia 'lari' dia susah nak 'balik' semula..

    BalasPadam
  9. Ya, Allah, macam-macam hal sekarang ni kan. Na'uzubillah.

    BalasPadam
  10. masyaallah..entah pa yg anak tu fikir ekk..rumah yg sepatutunya menjadi syurga, dah jadi macam tu pulak..isk3.

    BalasPadam
  11. ada jugak mcm ni. ni anak dia terlibat dgn dadah ke apa ni

    BalasPadam
  12. @MamaYatie itu lah, tak mau jd macam ni... kesian kat kelaurga ni (mak & anak nya).. :(

    BalasPadam
  13. @puanbee kalo penagruh dadah , memang x dapat dinafikan, ade yg sanggup cederakan mak/nenek/adik demi utk dapat duit utk benda tu..

    BalasPadam
  14. @Denaihati ada kes lain, dlm kawasan kejiranan kakyong ni lah, anak dia mencuri duit mak, sbb marahkan mak, sbb mak suka tuduh dia buat benda yg dia tak buat.. mak dia suka berleter dan hambur kata2 yg tak baik pada anak...

    sedih jugak jd macam ni.. :(

    BalasPadam
  15. @amirulfaiz memang mohon dijauhkan keluarga kita drp perkara sebegini..

    BalasPadam
  16. @Puan Kutu tu la PK, budak tu pun dah tak sekolah, dah lari dari rumah lagi... wonder jugak, apa mak bapa dia buat, lepas anak lari tak balik2 rumah..

    boleh jadi pengaruh kawan2.. boleh jadi sbb marahkan mak ayah...

    BalasPadam
  17. @nuriz ntah lah nuriz.. mungkin jugak lah .. sbb skrg ni ramai juga pelajar sekolah yg terlibat dgn dadah ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...