Selasa, 20 Disember 2011

Home » , » Siapa yang lebih banyak bekerja

Siapa yang lebih banyak bekerja




Salam bahagia,


sumber google : tak ingat link



dialog ini saya ambil dari kenalan FB Noni My



Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~









Hargailah isteri yang menjadi SAHM(stay-at-home-mom) merangkap WAHM (working-at-home-mom).



Menjadi surirumah, kerja di rumah tidak pernah selesai. Habis satu satu.. kadang-kadang nak berehat sekejap tapi tak jadi nak berehat sebab ada ajer kerja belum selesai.. tapi saya akui, kalo saya dah letih sangat & sedikit malas, saya biarkan sahaja rumah macam tongkang-karam untuk seketika. 




..
..










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


14 ulasan:

  1. betul tu,jadi suri rumah memang penat..keje dulu pun tak pernah rasa sepenat ni,..fizikal dan mental..tapi ila rasa itulah pengorbanan namanya..walau apapun kita tetap lakukannya

    BalasPadam
  2. huhu, tensen baca part encik zainal kata 'sebab dia kan tak bekerja'.

    memang tak hargai penat lelah isterinya langsung kalau mcm tu ayat dia...:D

    Kerja surirumah, lagi mencabar sebenarnya kan kak...:)

    BalasPadam
  3. Kalau yang anak ramai mahu lunyaijuga bandan melayan kerenah anak-anak. Emak katakanlah tidak akan merungut untuk anak. :-)

    BalasPadam
  4. betul jugak, banyak bezanya bekerja di rumah dan di office. di rumah lebih penat dari di office.

    BalasPadam
  5. @Ila betui Ila.. walau penat camana pun., jika dibuat dgn ikhlas.. hati pun rasa lapang jer..

    BalasPadam
  6. @~ yus ~ tu lah yus., isteri amik upah menjahit, tidur sampai lewat malam.. masih dikatakan 'tidak bekerja'... aduuuh..... ignorance betulah dpt suami mcm ni..

    BalasPadam
  7. @akubiomed ade mak yg tak merungut kerana kuat sabar & ikhlas hatinya demi anak2.. bg yg kurang iman, kurang ilmu, ade juga yg maki hamun anak-anak..

    mintak dijauhkan dari sikap ke2 tu... nak cari pahala susah, jd redho jer lah.. ambil ia sbg amanah & tgjwb..

    BalasPadam
  8. @eiela
    kerja di opis, 'kepala berat & letih'.. kerja di rumah, bukan takat kepala berat, tapi kudrat juga.. tp jika kita gembira berada di rumah.. Insya Allah, penat tu rasa berbaloi...

    BalasPadam
  9. betul sangat tu
    kerja kat rumah tak pernah habis
    kerana rumah on je 24 jam
    elok sangat kalau suami juga buat kerja rumah
    paling tidak pun cuci pinggan

    BalasPadam
  10. seriously wat keja umah lagi penat dr keja opis..kalo hr cuti tu rasa cam takde masa rehat dah...alhamdulillah suami ringan tangan..kalo idak...hurmmm

    BalasPadam
  11. jd surirumah ni .. mmg neverending job .. bukan mcm keje 9-5 tu ...

    hanie pun same ... klu xlrt sgt, tongkang karam le kejap tp kami dah 'bina' sistem kemas umah sikit2 .. nnti hanie share insyaAllah ;)

    BalasPadam
  12. @tehr suami saya dah lama juga tak tolong buat kerja rumah.. sbb bila dia balik rumah, semua nampak elok jer.. sesekala jer dia tolong kemaskan laman.. heheh..
    tu pun tiap kali nak buang sampah, saya mesti ingatkan dia, tolong masukkan dlm tong depan rumah..
    sellaunya kal esok lori smapah dtg, jd malam ni dah pesan supaya dia hantar sampah ke tong depan.. hehehh, x leh letak awal2.. ada kucing suka selongkar..

    BalasPadam
  13. @MamaYatie kakyong rasa macam nak kerja semula lah.. sbb masa kerja dulu suami rajin tolong sidai kain.. tlg basuh pinggan.. skrg nih.. kalo dah kakyong tidur awal, ke baru lah dia nak tolong kemas.. itupun kalo pinggan mangkuk dia susun jer kat sinki.. x tolong basuh pun.. huhhhuu

    BalasPadam
  14. @Ummi Hanie wah siap ade sistem hanie.. kakyong ni kalo mcm tongkang karam tu lebih kepada area hall.. almaklumlah anak2 ni life xtvtnya depan hall jer.. yg lelain tu termasuk lipat kain memang buat hari2..

    tp kakyong ni pun memang jenis x rajin mengemas.. lap habuk2 pun seminggu sekali.. huhhh.. tp mop lantai tu harus 2-3 kali sehari..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...