Selasa, 19 April 2011

Home » , , , , , , , , , » Dirgahayu Tuanku Sultan Azlan Shah

Dirgahayu Tuanku Sultan Azlan Shah

 

Salam bahagia,

 

Hari ini, 19 April 2011, cuti umum untuk seluruh neger Perak Darul Ridzuan. Sempena ulangtahun keputeraan baginda Sultan yang ke 83 tahun.

 


gambor ni kidnap dari blog KSP


 



Kami rakyat Perak mendoakan semoga Tuanku dan keluarga sentiasa di dalam limpah rahmatNya.

 

Dan hari ini juga ulangtahun makbonda yang ke 58.

 



Selamat ulangtahun hari kelahiran mak.. kami anak2 mak akan sentiasa mendoakan semoga mak diberi kesihatan yang baik dan gembira selalu. Smile Terima kasih mak, sebab hampir tiap2 hari mak bekalkan nasi lemak untuk cucu2 mak di rumah ni.

 

Adik2 ku mana ni.. kome tak de ke plan apa2 untuk mak tahun ni..??!! lama benor rasanya tak celebrate apa2 untuk makbonda…

 

 

Buat adik-adik Blogger Perak , selamat bergathering hari ini..

 



 

Maaf lah yer… akak tak leh nak join.. sebab tak nampak geng ibu-ibu dan bapak-bapak yang join.. lagipun baru tahu malam tadi.. en ayah ni ni susah sket kalo nak adjust program last minute ni.. Anyway, selamat bergathering & berbowling la yer…

 

p/s

ibu macam biasa jer hari ni aktiviti di rumah je, nama jer hari ni cuti umum, en ayah niaga cam biasa.. semalam kereta rosak, melayang la juga duit..  so hari ni memang takde modal lah nak jenjalan.. jadi kena lah en ayah meniaga… pagi2 ni anak2 masih bersarapan nasi lemak opah, sebab semalam tak dapat. Smile

 

dan untuk Peminat Asmara... layan gambor ni.. nantikan episod 7 malam ni pukul 9 malam

 



 

p/s lagi : takkan berhenti meroyan pasal drama Asmara ni selagi belum sampai ke episod 13.. hehehhe :D

 

 

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...