Jumaat, 29 April 2011

Home » , , , , , , » Anis rindu abang Fikri

Anis rindu abang Fikri

 

 

Salam bahagia,

 

dah banyak hari dalam minggu ni Anis asyik merengek & mengadu :

 
“Kenapa abang tak balik ni?”

“Kenapa ibu tak amik abang?”

 

Malam tadi, dok merengek2 lagi sambil buat muka sedih… hehehhe.. sweet bila bila tengok Anis meroyan cam ni.. hehehe.. budak 3 tahun 9 bulan pun pandai meroyan ker… Smile with tongue out

 



 

Insya Allah, petang ni lepas solat Jumaat abang balik la.. abang kan dah janji dengan ibu, “Hari sekolah – abang duduk dengan opah ngan atok. Hari cuti – abang dok dengan ibuWinking smile

 

Sejak masuk bulan ke-2 Fikri masuk Taski.. ini lah rutin nya.. dan adakalanya on weekdays dia akan balik rumah setiap hari.. dan ada masanya dia nak dok rumah opah.. tapi sejak habis sukan Taski yang lepas.. memang dah 2 minggu rutin ni berjalan semula.. Hari2 persekolahan, memang dia dok kat rumah opah.. pagi2 makcik Ikeen akan antor dia pergi Taski., balik dari taski atok pulak yang akan ambil.

 

Kalo maksu Enon tanya, “Fikri mana?” Ibu dengan senang hati akan jawab “ dia dok Asrama kat Ulu Kinta.” Open-mouthed smile hehehhe…

 

I know, ade orang yang tak suka.. ade yang kata ibu macam nak lepas tangan pulak.. (ibu kan tak kerja.. takkan la susah sangat nak jaga anak??) ni bukan isu susah nak jaga ke tak...  the thing is, kalo ibu paksa Fikri dok rumah @ tak bagi dia stay rumah opah santan… dia akan buat perangai memberontak, langsung tak nak dengar cakap ibu.. adooii la.., tak larat la ibu nak ber’perang’ dengan budak 5 tahun ni setiap hari… Smile with tongue out tak cool okay… lagipun tak best kan tengok muka budak 5 tahun ni masam & tak nak bercakap dengan ibu… lebih tak cool bila dia tak mau dengar arahan.. sangat tak best okay..

 

Jadi, kami beri la juga ruang untuk dia buat pilihan. Oh, yer.. saya tahu.. ade yang tak suka kan.. sebab kecik sangat lagi anak saya tu untuk diberi ruang membuat pilihan.. Smile with tongue out tapi saya senang macam ni, sebab takde hati yang marah, bila dia balik hujung minggu, dia hepi jer.. walau hanya 2 hari dia kat rumah.. tapi kualiti tu ada.. Smile I think it better this way daripada 5 hari yang dia buat saya UP & DOWN dengan moody dia.. dengan segala perangai keras kepala dia..

 

2 hari tu la dia tolong ibu kat dapur, tolong ibu kemaskan rumah.. baca buku sama-sama.. main sama-sama dengan adik2.. tanpa gaduh-gaduh.. Fikri ni bila tak dapat pergi rumah opah, kerja dia buli adik-adik jer.. Smile with tongue out

 

Apa orang nak kata pun saya tak kesah.. sebab Fikri ni bila dia rasa nak dok rumah, dia akan balik jer.. dia angkut la beg besar penuh mainan tu balik rumah.. bila dia nak dok rumah opah, nanti dia ‘order’ jer kat ayah supaya bawa balik beg besar tu ke rumah opah.. :D

 

cuma tu la.. kesian kat Anis.. Anis ni selalu ingat kat abang.. bila nak makan, mesti ingat abang, Bila ibu masak sedap-sedap (makanan yang depa biasa makan ber3) mesti ingat abang.. Smile

 

Aliya? agaknya kecik lagi kot, belum 3 tahun.. so dia tak kesah abang ade atau tidak..

 



lepas baca doa makan.. siap main 1-to-juz dulu… hehehhe.. layan jer la karenah anak-anak…

 

 



ni depa duaorang ni.. nak cari abang.. sedang berusaha nak buka mangga yang berkunci… Smile with tongue out

 

p/s

ibu pun rindu kat abang Fikri.. Smile

 

salam  kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


11 ulasan:

  1. anak ct dulu pun tinggal dgn atuk neneknya juga dlm 6 tahun juga lamanya..sekarang ni walaupun dah besar..bila cuti sek mesti hantarkan blk kampung takut atuk dan neneknya pula merajuk dia ingat cucunya tak ingat kat mereka lagi....

    BalasPadam
  2. alahaiiiiii....sayu pulak rase.macam entry yg fikri merajuk hari tu kan...yg ni anis pulak rindu..

    betul tu kakyong..kalau nak dengar cakap orang tak de pekdahnye...die tak paham ape kite rase..

    BalasPadam
  3. alahai Bib...mesti terasa si Anis, teman sepermainan dari kecik lagi,dahle jarak umo rapat2 kan?

    so, mmg dia akan stay weekdays kat umah opah santan n balik on weekends sampai naik sekolah ke Bib?

    BalasPadam
  4. alah,siannya anis rindu kat abang..abang best sgt agaknya dok umah opah
    Jom Baca Dua Tempat berbeza

    BalasPadam
  5. Huhu...alangkan Arwa pun tak sabar2 tiap kali abang kakak nya pegi sekolah..kalau tinggal dengan opah atau tokku memang dengan umi2 sekali takleh duduk... Tapi kalau untuk menghilangkan angin, apa salahnya...ehehehe... Usamah saya tu, dulu suka membentak2 tapi bila dah lama tinggal di rumah Tokku, jadi OK plak... sampai skang dia OK tapi dia dah tanak dah duduk sana lagi :))

    BalasPadam
  6. alahai..sedih pulak rasanya bila anak merengek mcm tu..biasalah, time ada keja depa bergaduh..bila takder sunyi la pula..agaknya fikri seronok duk umah opah santan sebab dekat ngan skolah, time nak baca buku takder org kaco..hehe.

    kak yong, saya balik tepeng mlm ni..heee

    BalasPadam
  7. assalam yong..sian jugak adik yan rindukan abang tu kan..tapi nak buat macam mana,,dah itu kehendak abang..
    tapi tak pe,,ada masa dia tetap jugak blik..bila rindu nak main dengan adik2.

    BalasPadam
  8. Kesian Anis. Time Hafizan dan Amirul takde kat rumah pun, kesian Yati tengok Sulaiman. Takde geng. Anis lebih rapat dengan abangnya ya, kakyong. Ibu je la main dengan Anis. ^_^

    BalasPadam
  9. alahai ciannya anis rindu kt abgnya yer.. msti la dia terasa kan.. yelah selama ni abgnya la kawan bermain.. tiba2 x der depan mata.. huhu.. sy setuju ngan k.yong.. klu cara tue lebih mendatangkan kebaikkan kpd dia apa salahnya.. berubah utk yg lebih baikkan..

    BalasPadam
  10. xpelh kakyong, sbgai ibu kita nkkan yg trbaik utk anak2...mayb fikri rapat dgn opah n dia rasa lbh selesa disisi opah...kalu dipaksa nnti akn membuat dia memendam rasa n kita gak sama2 memendam rasa xpuas hati bila dia memberontak..
    biarlh apa org nk kata asalkan opah xkisah n fikri bahagia.....

    BalasPadam
  11. tak pe la abang kan dok rumah opah...lagipun tiap2 minggu abang balik kan...janji semua hepy dan gembira... ;-)

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...