Selasa, 10 Januari 2012

Home » , , » Sadisnya.. order 'henfon bijak' secara online - dapat lesung batu

Sadisnya.. order 'henfon bijak' secara online - dapat lesung batu




Salam bahagia,


Kalau saya lah kan.. kalau nak beli henfon atau apa-apa barang yang berharga.. saya lebih suka membuat belian dari kedai.. kita pergi sendiri tengok barang tu, boleh pegang,  boleh test.. 

sebab bukan sedikit duit yang bakal dilaburkan.. lebih lagi 'henfon bijak' mana yang ada rege ratus-ratu RM semuanya cecah ribu-ribu RM.







JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.


“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.



“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.


Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.



Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.



"Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.


“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.


Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.


“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).



Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.



“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.



Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.



Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.



“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.



Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.


berhati-hati lah tatkala 'shopping online'.. bukan apa, sebelum buat belian tu, kena lah pastikan 'kedai' tu authentic.. boleh bertanya dengan kawan-kawan mahupun kenalan rapat dulu.. lebih-lebih lagi jika belian yang melibatkan nilai yang besar. Bukan senang nak cari duit.. jadi berhati-hati bila berbelanja.

..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


23 ulasan:

  1. Setakat ni kami beli barang online selamat tiba..

    Macam ari tu beli kamera online, alhamdulillah selamat sampai..
    Purse pun beli online jugak :)

    BalasPadam
  2. manusia macam ni la akan menyusahkan manusia lain...hidup suka nyusahkan org...teruk betuii

    BalasPadam
  3. sungguh sadis kakyong... lesung batu plak tu. takde benda lain yg lagi best ke?

    BalasPadam
  4. siannye die kne tipu..
    yup, btul kate kakyong, sbaiknye bli hp kat kedai la..hehe..

    sy takat nie online shopping bli shawl & brg2 utk wat felt craft aje.. hihi~..

    BalasPadam
  5. kakyong...sy dah amsukkan aritu tapinya xdetect feed latest..sy buang semula pastu lupa nak amsukkan balik sebab xonline weekend...tapi...sy dah masukkan skang... jangan sedey2... cnyum cket!hehe

    BalasPadam
  6. kalau dapat balik duit okey gak kan, tapi tu la kerana nila setitik habis semua peniaga online terpalit sekali

    BalasPadam
  7. Yati pun sama macam kakyong, kalau nak beli barang mahal skit, elok la beli di kedai luar. Lain la kalau barang tu takde kat Malaysia. Kesian orang tu. Buat naya orang je. Niaga online kena jujur.

    BalasPadam
  8. peliknya, tapi memang ada org yg menipu dan ambil kesempatan.....

    BalasPadam
  9. @Myra Jay bagus utk MJ.

    yg penting beli dgn kedai yg sah & boleh dipercayai.. kan..

    BalasPadam
  10. sian kat dia, moga2 dia dpt kembali haknya

    BalasPadam
  11. @eT ada sahaja kan yg suka mengambil kesempatan

    BalasPadam
  12. @Izan Ishak gamaknya berat 3 biji henfon samsung tu sama dgn berat lesung batu tu kot... huhuuhhhh....

    BalasPadam
  13. Kakyong, remember ida? Kakyong pernah menang GA kat blog ida... So, nak tanya, hadiah dah dapat? Senyap je.. Ida baru dapat tahu, ada few pemenang tak dapat hadiah.. tu yang dok tanya ezzat..replai kat blog ida yer... =) *urgent!*


    http://msieda.blogspot.com/2010/12/my1st-anniversary-giveaway.html

    BalasPadam
  14. uissh, bahaya la macam tu. better beli kat kedai handphone lagi selamat. Lesung batu untuk tumbuk cili padi bagi kat penjual penipu tu.. Huhu..

    BalasPadam
  15. wah
    dahsyat betul tu kalau bagi lesung batu

    BalasPadam
  16. silap juga kalo x tgk link http @ https.. :)

    BalasPadam
  17. hoho..sejak bila lesung batu ada jual online nih. hehe..

    BalasPadam
  18. kesilapan sendiri.. ambil sebagai teladan.. nak jimat
    tapi akhirnya merugikan..

    BalasPadam
  19. mmg sadisss ... ! klu hanie , mau cmpk je lesung batu tu lepas geram gamaknyer ...

    stakat bbrp thn hanie shopping online ni,belum penah terkena la...alhmdllh.. maybe dia beli kat mudah.my kot ? situ risiko agk tinggi walaupun sgt popular dan jadi tumpuan ;)

    BalasPadam
  20. Pernah juga beberapa kali membuat pembelian secara online.

    BalasPadam
  21. setakat ni tak berani lagi beli barang mahal 2 kat internet, kalau beli baju ke pernah la. Kesiannya...tp tak tahan nak gelak dgn ayat "Lesung tu pula boleh disimpan di rumah".

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...