Rabu, 4 Januari 2012

Home » , , » Layan Dil to pagal hai

Layan Dil to pagal hai





Salam bahagia,


Sudah berbelas tahun filem ni, dan saya pun dah bertahun tak layan filem hindustan.. tapi malam ni, ntah kenapa.. terlayan lah pulak... muda lagi SRK time ni..






Filem Dil To Pagal Hai ni mula meletup di Malaysia sekitar tahun 1998 - 1999... masa tu saya pun muda lagi.. masih di umur pertengahan 20'an. 


Masa muda dulu saya memang gila dengan filem hindustan ni... lebih-lebih lagi kalo SRK (Shah Rukh Khan) yang berlakon.. boleh kata hampir semua VCD lakonan dia saya ada... muda lagi masa tu.. orang muda mesti ada sedikit kegilaan kan.. lagupun masa tu ada kawan yang sama minat, lagi dasat kakak tu dah kahwin anak 2 lagi.. kihkih (masa tu la..)


Tapi lepas umur mencecah usia awal 30'an, (dah dekat2 nak kahwin la masa tu..) saya dah makin kurang follow filem hindi.. lebih-lebih lagi kawan-kawan dok bercerita kesan buruk filem-filem hindi ni.. mula lah beralih arah ke filem/drama korea.. pastu sayonara filem/drama korea.. la ni layan filem/drama Melayu jer.. itu pun bila ada ruang masa..


Filem hindu ni.. dia punya lagu-lagu dan acara tari menari tu yang berhantu.. dulu (10 tahun dulu) saya suka senam robik guna lagu2 hindustan.. la ni.. tak kuasa dah.. semua koleksi VCD ada dalam laci, berkunci lagi.. tak rela kalo anak-anak saya 'redah'.. bior la tak tengok dah..tapi sesekala layan ni best jugak kan...


saya tertengok di TV2.. sambil BW saya layan jer lah buat halwa telinga, lagu-lagu semua best.. sambil terkenang zaman muda dulu... hehheeehhheee... 



..

saya menjemput rakan dan kenalan blog untuk menyokong dan sertai contest & giveaway ibu sihat anak riang. terima kasih.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...