Rabu, 18 Januari 2012

Home » , , , » Gemersik Kalbu antara drama & novel

Gemersik Kalbu antara drama & novel




Salam bahagia,

Saya baru tahu rupanya drama di Slot Akasia yang sedang ditayangkan sekarang ini adalah adaptasi dari novel..

gambor dari SINI



Gemersik Kalbu

Webmaster TV3

30/12/2011 10:33:00

“Patah tumbuh, hilang berganti”... namun, ungkapan ini seperti tidak bermakna bagi si gadis bernama Raihana yang merasa kecewa dan patah hati setelah kematian mengejut tunang tersayang. Mampukah cinta kembali berputik dengan kehadiran Sufian yang begitu bersunggung-sungguh menjadikan Raihana sebagai permaisuri hatinya? Ikuti kisah pergolakan hati dan perjuangan cinta dalam drama terbaru TV3, Gemersik Kalbu yang bakal menemui para penonton mulai 2 Januari 2012 nanti. 



Drama bersiri 24-episod ini telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Haniffah yang berjaya mengetengahkan watak lakonan berkesan daripada Aqasha dan Ayu Raudah selaku tunjang utama dan turut dibantu oleh Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Azhan Rani, Watie Sadali, Rahim Jalani, Khatijah Tan dan ramai lagi. Gemersik Kalbu juga merupakan drama bersiri terbaru yang telah diadaptasi daripada novel popular hasil nukilan Anis Ayuni.



Menurut Pn. Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Pemilihan novel Gemersik Kalbu ini adalah disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan bersesuaian dengan konsep slot Akasia yang mengetengahkan elemen drama dan kasih sayang. Harus diingat apa yang kita baca dan divisualkan selalunya tidak 100% sama. Namun, kami masih mengekalkan tajuk asal novel untuk drama dan hanya terdapat 80% persamaan kerana kami telah mengubah sedikit jalan penceritaan untuk menambahkan lagi impak emosi bersesuaian dengan citarasa penonton dan juga bagi memastikan setiap babak yang dipaparkan mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Selepas kejayaan besar Nora Elena dan Tentang Dhia, kami berharap drama Gemersik Kalbu akan terus mendapat sambutan yang baik dari penonton terutama sekali peminat novel ini.”



Bakal pembuka tirai slot Akasia TV3 untuk 2012, ikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri. 



Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.



Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.



Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?  



Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kehebatan barisan pelakon drama terbaru TV3 yang menampilkan Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Watie Sadali, Azhan Rani, Rahim Jalani, Khatijah Tan menerusi Gemersik Kalbu setiap Isnin hingga Khamis,  jam 7.00 malam bermula 2 Januari nanti. Penonton yang terlepas menyaksikan Gemersik Kalbu boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di  HYPERLINK "http://www.tonton.com.my" www.tonton.com.my.






Saya tak pernah baca novel nya lagi.. tapi jumpa yang preview online ni... boleh lah lompat-lompat baca.. 
memula tu saya ingat saya ada novel ni.. lepas kumbah lemari buku.. rupanya novel Anis Ayuni lain yang saya ada.. 





KOme dah pernah baca novel ni? Agaknya mana yang best.. novel ke drama..


dah hampir separuh jalan jugak drama ni ditayangkan... saya sempat lah jugak tengok beberapa episod.. itu pun lompat-lompat juga.. walaupun saya ni tak berapa nak follow sangat drama lakonan Aqasha.. tapi drama ni boleh lah dilayan.. saya layan di tonton jer..  dan kadang-kadang di malaymovie. 

Saya suka part-part awal, kisah Wan Ariffin dan Raihana.. semuanya nampak manis.. sweet dengan paluan kompang dan masa Wan Ariffin melamar Raihana... tapi sedih pulak bila Wan Ariffin meninggal.. adeeiii.. kesian si Raihana hidup dalam kenangan.. kemudian muncul pula beberapa jejaka lain yang menagih cinta.. penin kan nak membuat pilihan.. *actually ramai jugakkan yang pernah lalui pengalaman macam ni & akhirnya temui juga kebahagiaan & membina sebuah keluarga yang bahagia *

Memandangkan baru separuh jalan dan jalan cerita pun agak slow and steady.. saya beri 4 bintang untuk drama ni...




..

jemput semua untuk memeriahkan contest & giveaway ibu sihat anak riang








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


17 ulasan:

  1. bolehla tahan cite nih..walaupun x sehebat mcm tentang dhia tp msih leh layan juga..
    suke tgk keazaman suffian nk mengorat raihana hehe mcm2 cara dia buat hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @miss banu,

      drama ni agak santai lah jugak utk ditonton..

      demi nak raih cinta, kena la ikhtiar kan.. tu yg mahal ..

      Padam
  2. drama ni memang best kak... novel pun best...
    Cuma... ada beberapa berupahan dlm drama ni tak sama dgn novel...
    Cth kematian Wan Ariffin... dlm novel dia mati lemas... tp dlm drama mati kena bunuh... huhuhu
    Sy pun ada novel ni... heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. @masz Sidek..

      mati kena bunuh tu yg lebih dramatik.. utk beri kesan yg lebih mendalam..

      nama lagi 80% adaptasi kan..

      kakyong rasa mcm nak beli jer novel ni.. ;)

      Padam
  3. best tengok sufian ngorat raihana...kihkihkih ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @:: WaKiWa ::,

      kan best kalo ramai lelaki yg mcm ni kan.. buat apa jer utk ngorat.. tp kalo jodoh tak ke mana kan..

      si sufian siap upah org ragut si Raihana.. ish ish..

      Padam
  4. tak tgk sgt ceta nih kak yong.. boring sikit... tapi kadang2 kalau buka
    tgk jugak. hik3

    BalasPadam
  5. izan tgk pun lompat2 aje kakyong....malas pulak nak layan sgt. cukuplah tgk tentang dhia sblm ni...

    BalasPadam
  6. hanie skrg sgt jrg melayan novel kkyong ...

    drama ni pun smbil2 jer .. xbrape lyn sgt

    BalasPadam
  7. Salam Kak Yong..

    Kebiasaannya cerita yang diadaptasi dari novel ni best...

    BalasPadam
  8. lama sungguh x baca novel..last masa sekolah...huhu~!

    BalasPadam
  9. byk drama dan filem adaptasi skrg kan..tak tgk sgt cerita ni x sempat..hihi

    BalasPadam
  10. haha ! ada ternampak novel ni kat kedai buku . tapi , tak beli pun . hikhik ..

    BalasPadam
  11. salam kakyong , sufian jahat hari ni mencikkk.. kalau tk bee suka watak sufian tu , tapi kesian rihana di rogol sufian huksss

    BalasPadam
  12. tak pernah tau pun novel ni. cam pelik plak xtau..hehe. rasa cam kurang best lah cerita ni, rasa geli sbb Aqasha tu gatal sangat! hihi

    BalasPadam
  13. sy suka jalan cite..tapi disebabkan ayu raudah berlakon saya tak leh nak tgk..sbb tak suka kat dia..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...