Khamis, 12 Januari 2012

Home » , , » Fridge Magnet dari Eyriqazz

Fridge Magnet dari Eyriqazz





Salam bahagia,


Hadiah ni dah selamat sampai semalam tengahari, tapi saya yang lambat upload gambar ke lappy.




Hadiah ni hasil dari giveaway ole-oleh dari Sabah .

Suka sangat dapat fridge magnet nih.. bertambah lagi koleksi FM saya. Terima kasih Eyriqazz.




Anak-anak dara kecik saya berebut-rebut nak letakkan FM baru ni ke petiais.. Malangnya petiais tetiba rosak.. terpaksa lah turunkan semua FM dan simpan semuanya. Dok tunggu technician Sharp dari pagi tadi tak sampai-sampai ke rumah kami.. harap nya esok depa datang lah.. susah lah kalo takde petiais ni.. tak leh nak beli barang basah.. 


Ada lagi 2 hadiah yang saya ternanti-nanti kehadirannya. 


Saya juga menanti berita baik daripada pihak Advertslet. Sebelum ini saya ada pasang iklan advertslet dari bulan May 2011 hingga awal Dec 2011. Sudah 3 kali saya cash-out tapi masih belum menerima pembayaran. Dan baru-baru ini (setelah 2-3 kali menghantar email & tiket), saya mendapat feedback mereka akan kreditkan jumlah cash-out ke akaun bank, katanya pada hujung bulan ini. Harapnya ada berita gembira dihujung bulan nanti. 


..


















Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...