Ahad, 8 Januari 2012

Home » , , » Memenuhi jemputan jiran

Memenuhi jemputan jiran




Salam bahagia,


Sudah lewat petang baru dapat bersiaran.. pepagi tadi settle kan urusan mengemas.. (macam lah saya seorang je mengemas rumah), pastu ke rumah jiran ade kenduri bertunang. 


Yer lah, rumah jiran dekat2 ni jer kan, takkan lah datang ala-ala touch n go ajer.. (maksudnya : isi perut, dah kenyang , balik).. kena lah ringan-ringan kan tangan tolong apa-apa yang patut kan.. Lain kali bila kita buat kenduri, ada lah pulak jiran-jiran yang datang tolong. Kan best hidup berjiran macam ni.



sumber google



Saya ni jenis jiran yang banyak habiskan masa dalam rumah.. kerja saya memang berlegar dalam rumah jer. Kalau saya keluor rumah pun sebab : nak sidai & angkat kain, nak kemas laman, tengok-tengok anak main basikal di jalan (lorong depan rumah) dan sebab nak buang sampah. 

Jiran-jiran kiri kanan dan depan rumah pun dah faham dengan kerenah saya.. kalo nak tengok saya ada kat laman, kena lah jengah pepagi hari.. kalo dah lebih jam 9 pagi tu, memang saya dok dalam rumah jer. Saya ni tak berapa gemar nak jadi ahli mesyuarat tingkap/tembok.. tak berapa reti nak bersembang hal orang apa tah lagi bergossip. 

Namun dalam tak nak tahu hal gossip ni, kadang-kadang tersampai juga ke telinga saya.. jiran A ni macam ni, jiran B ni begini.. dan memang ada di kalangan jiran yang suka mengelak bila dijemput ke rumah untuk majlis makan-makan mahupun kenduri.


Saya selalunya sedaya upaya untuk tidak menghampakan jemputan jiran. yer lah kan, jika kita asyik mengelak ajer, pastilah jiran pun akan kecik hati.. ntah-ntah lain kali, bila kita menjemput, takde pulak orang nak datang rumah kita... kan haru... Dan yang paling sadis, bila jiran dah tak jemput kita lagi tiap kali ade majlis di rumahnya.. 


Jadi, jika jiran menjemput, cuba lah penuhi. Jika tak mampu, berilah hadiah ke atau apa-apa buah tangan yang boleh menggembirakan jiran. Contoh, jika tahu itu majlis harijadi anak jiran, cuba lah usahakan beri hadiah yang sesuai untuk si anak jiran yang menyambut hari jadi. 


Dan jika betul-betul menolak, beri lah alasan yang sesuai dan tidak mengecilkan hati jiran. Jangan le direct jer cakap "tak tau lagi lah, nak pergi piknik kot.." "eh tak boleh la, nak pergi rumah mertua" (walhal rumah mertua bukan lah jauh mana, hari lain pun boleh pergi -- contohnya saya lah, mertua kat sini jugak)


Macam saya ni, dah beli rumah di sini dan memang nak dok lama di sini.. walaupun ada jiran yang dok kata jiran ni tak bagus, jiran ni begitu begini pe'elnya.. tapi saya cuba untuk berbaik dengan semua.. salah satu adalah memenuhi undangan/jemputan. Sebab bila kita hadir ke sesuatu undangan, lebih ramai jiran yang kita akan kenal. Bila kenal lebih ramai jiran, lebih mudah bila nak buat aktiviti dalam kawasan kejiranan ni.. BIla ada aktiviti di kawasan kejiranan, ada lah sebab/perkara yang boleh saya update di blog.. hihiii... 


Anda pulak macamana? Jenis yang suka penuhi undangan jiran @ jenis suka mengelak?


p/s
yang suka mengelak ni, depa guna alasan : hanya wajib penuhi jemputan walimah... (??!!) apa kata anda?!


..



saya menjemput rakan dan kenalan blog untuk menyokong dan sertai contest & giveaway ibu sihat anak riang. terima kasih.


















Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


16 ulasan:

  1. Hidup bejiran macam-macam asam garamnya terutama kalau rumah yang didiami adalah rumah sendiri.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...
    selamat petang... :) oooo bizi rupanya menghadiri jemputan jiran.. :)
    Nani plak kat umah ni biasanya bukannya tak berjiran.. nani ramai jiran, dari tangga nani ni, semua jiran bekerja, jadi kalau TERjumpa petang2 tu sekadar senyum dan cakap 'dah balik keje' cam tu je.. kalau jumpa pagi cakap 'nak pegi keje' hehehehe.. kalau cuti2 pun tak kuar sangat rumah, kalau nak gi kedai ke, kuar ngan family je baru dok luar rumah.. kalau tak, nani dok dlm umah je.. :) bukan menyombong, tapi malas sikit bab2 nak mesyuarat tingkap tu.. kang mcm2 cerita kita dengar.. tak elok utk kesihatan minda.. ehehehe

    BalasPadam
  3. Sekadar memmenuhi undangan je, tuk datang tolong buat keje tu tak lagi la.. semua tu atas izin suami jugak kan

    BalasPadam
  4. Hidup berjiran memang harus begitu. Kalau tak
    dpt rewang, jengah tunjuk muka beri salam kaut
    pun dah bagus. Sekurang2nya kita hormat jemputan
    mereka...

    BalasPadam
  5. @akubiomed yer betui.. kalo dah sama2 rumah sendiri.. molek lah bertolak ansur.. sama2 memberi & menerima..

    BalasPadam
  6. @JaSSNaNi kalo dok rumah aprtment, memang ramai lah kan.. kami ni rumah teres.. lorong ni pun dalam belas2 buah rumah jer.. semoleknya kita berbaik lah dlm sesama lorong ni..

    deme sini pun kalo berkumpul pun memang biasanya belah pagi, sambil2 menanti pakcik van jual sayur/ikan datang.. kakyong pula brg dapur semua suami beli,, jd x de sbb nak tunggu van pakcik tu.. ;)

    BalasPadam
  7. @Anamarza yer.. tp takkan lah kan, tiap kali diundang suami pun tak izin.. lagipun bukannya undangan utk maksiat, selalu pun utk doa selamat, kenduri nak puasa...

    bila tak dijemput, dia mngata pulak.. mcm2 jenis org kan..

    BalasPadam
  8. saya pantang org jemput mesti pergi tau kakyong hehe ..

    BalasPadam
  9. @Nur Misnan hehhe.. 'salam kaut' = salam berisi..

    1st time actually dengor term salam kaut ni.. ;)

    BalasPadam
  10. @puanbee best apa.. tak payah masak.. makan free & dpt jumpa kawan2 baru , tak pun jiran2 yg dah lama tak nampak muka...

    BalasPadam
  11. memang seronok kalau dapat gotong royong ni, kakyong
    meriah sangat

    BalasPadam
  12. saya pon macam kakyong, bnyk duk dlm umah je, nak2 dolu2 saya keje, kuar pagi balik ptg..tapi kalau jemputan tu, saya cuba penuhi juga..

    BalasPadam
  13. bagus le gitu kkyong ... hanie ni yg nak kena keluar gak sikit2 jumpe jiran2 ... dah le pagor umah ni tinggi bertutup , mmg org xnmpk kite,kite xnmpk org... hehe..privacy betol.tp klu org mnjemput insyaAllah pergi dgn askar yg ramai pun ...

    BalasPadam
  14. @tehr memang betul cikgu.. selain dpt mengeratkan lagi hbgn sesama jiran...

    BalasPadam
  15. @cikpuanhady kalo kerja memang la, kuor lepas subuh, balik dah dekat maghrib.. hari minggu je baru nak tegur sapa dgn jiran..

    la ni hari2 lah juga menegur sapa.. cuma lebih suka dok dlm rumah.. kerja dlm rumah ni pun, manjang tak pernah habis.. hihiii..

    BalasPadam
  16. @Ummi Hanie kalo tinggi benor tembok rumoh sampai tak nampak orang tu.. memang elok le pepetang @ sesekala kuor jap bertegur sapa dgn jiran..

    la ni org dah faham dah karenah org beranak ramai.. kakyong pun kalo dtg merewang pun, bawa juga budak2 ni.. bior depa leh main & kenal kawan2 setaman..

    janji jgn jadi kera sumbang udah.. tp selalu pun ade jiran2 yg akan ckp.. 'x pernah tgk pun.. dok lorong mana..' kdg2 kita tak sempat nak jawab, ade jiran lain tlg jawab kan.. 'dia ni kalo nak tgk dia depan rumah, awal pagi ade le.. lambat sikit memang tak mandang'... hihii.. senyum jer lah kita.. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...