Rabu, 23 Mac 2011

Home » , , , , » Aktiviti Fikri masa cuti sekolah

Aktiviti Fikri masa cuti sekolah

 

 

Salam bahagia,


 

Cuti sekolah dah habis, tapi ibu baru nak compile aktiviti Fikri masa cuti sekolah yang lalu. Fikri punyalah excited sebab cuti sekolah 9 hari kan.. Winking smile Fikri siap tunjuk jari 9 bila ibu tanya, “abang cuti sekolah berapa hari”. Sampai hari Ahad lepas pun dia dok tunjuk jari 9 lagi, walhal cuti dah habis.. sian kat Fikri, dia tak puashati sebab tak dapat pergi zoo.

 

Zoo terdekat adalah di Taiping.. tapi memang bukan rezeki Fikri nak pergi zoo kali ni.. kita pergi lain kali lah yer abang Fikri.. Alhamdulillah, masa ibu pujuk2 tu, dia mau pulak dia dengar. Tak per, cuti kali ni abang tolong ibu kat rumah, cuti lain kali kita pergi. Smile

 

So ni lah antara aktiviti Fikri di rumah..

 



1. Tolong buang sampah..

  • lori sampah DBI (Dewan Bandaraya Ipoh) datang kutip sampah setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

  • Maka pagi2, Fikri lah tolong angkat masuk dalam tong sampah depa rumah. selalunya Anis pun bekerjasama sekali dengan abang Fikri.


 



gambor ni snap laju2.. ekekeke.. bukan apa, auntie @ aso depan rumah suka tanya.. “apsal lu suka tangkap gambar?” ekekkeke… Smile with tongue out senyum lebor jer lah si ibu.

 



2. Ulangkaji kerja sekolah dan baca buku dan ulangbaca Qiraati

  • Fikri rajin ulangbaca buku hari-hari.. baru kenal suku-kata sikit2 ajer..

  • Qiraati pulak, dia ulang baca, pastu minta ibu kalih ke depan, ke depan dan ke depan.. kalo ikut yang cikgu tanda baru huruf ‘dal’.. tapi kat rumah dia dah baca dengan ibu sampai huruf ‘ghain’..

  • dulu dia tak suka mewarna, sekarang ni suka sangat dengan aktiviti mewarna

  • selain tu dia akan suka ulang aktivti membaca gambar buku2 Magic English.. Winking smile


  • Fikri pun suka ulangbaca doa & ayat lazim yang cikgu ajar.. paling tak tahan, dia memandai ja ubah selawat nabi ikut versi dia… kadang2 mandi pun dok selawat kuat-kuat… dah banyak kali pesan, dalam bilik mandi tak buleh selawat..


 



Anis & ALiya pun join sekali baca buku (read : baca gambar ja…) Winking smile … # kalo ade opahnya, sure marah kalo dok ‘menyabung’ macam tu #

 



3. Melayan adik-adik main..

  • kadang2 main lat-ta-li-lat

  • kadang2 main hide & seek… yang best tu leh dengor Aliya & ANis mengira tunggang-terbalik… Winking smile

  • kadang2 main jadi kuda… next n3 kita citer pasal abang Fikri jadi kuda… Winking smile

  • kadang2 main tuju kasut.. macam dalam gambor bawah ni..


 



Ibu nya layan jer.. bayangkan lah budak 5 tahun, 3++ tahun & 2++ tahun main tuju kasut ni… Smile with tongue out nostalgik sungguh permainan ni kan…

 



4. Tolong ibu mop lantai..


  • Abang Fikri suka sungguh kerja mop lantai ni… kalo buleh hari2 nak buat.. pastu nak bubuh fabuloso tu banyak2.. nak bagi wangi rumah.. Actually dah lama takdak pewangi.. gara2 kenduri adik bertunang tu la dapat 1 botol fabuloso.


 

 



5. Tolong ibu masak


  • Abang Fikri ni kalo buleh hari2 nak tolong ibu masak sedap2.. yang sedap pada dia nasi goreng & keateow ibu jer… ekekkeke… Smile with tongue out

  • Abang Fikri rajin tolong kupaskan bawang.. ade masa tu sampai pedih2 mata..


  • dan part dia paling suka adalah selongkar dan keluorkan semua barang yang ada dalam petiais.. Smile


 

Banyak sebenarnya aktivti abang Fikri kat rumah ni.. tu lah bila takde snap foto, ibu pun jadi lupa… Smile with tongue out

 

p/s

hanya rekod perkembangan anak sulong lelaki yang baru mencecah 5 tahun. Tidak salah kan, kita galakkan anak2 membantu di rumah pada usia awal, disamping pantau juga pembelajaran nya.


 

 

mungkin ade antara kome yang berpeluang untuk memenangi coin purse comel ni..


jika minat dengan barangan kraf yg comel2.. sila klik coin purse ni ya..




 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...