Rabu, 16 Mac 2011

Home » , , , , » Penangan sup ayam kampung

Penangan sup ayam kampung

 

 

salam bahagia,


 

Semalam en ayah cakap harga ayam dah jadi RM.50 sekilogram. Smile with tongue out Maka en ayah tak beli ayam biasa tapi beli ayam kampung yang harganya RM1 jer lebih murah dari ayam biasa..

 

Jadi lewat petang tu, ibu pun memulakan operasi memasak sup ayam kampung… hampir 30 minit jugalah memasaknya.. siap masak dengan api kuat lagi & bertambah2 air beberapa kali.. sebabnya ibu memang tak expert masak ayam kampung lagi & lagi satu kalo tak cukup masak mau liat macam getah isinya…

 

Namun sangkaan ibu meleset… dagingnya elok ajer lembut, manis pulak tu rasa dagingnya.. anak2 makan sampai keras perut.. sampai licin kome 2 mangkuk sup ayam tu…. nasi bertambah-tambah, mana lah tak keras perut..

 



ni ajer balancenya untuk ibu & ayah.. ni mangkuk yang ke2.. itupun anak2 hirup sup sampai kering… sedap bebenor… Thumbs up

 

Ni ibu sharekan resepi mudah lagi simple.

Bahan-bahan

5 ketul bahagian ayam (ayam yang potong 12 yer – so untuk kami 5 beranak, 5 ketul dah la)

1 inci halia (diketuk)

4-5 ulas bawang putih (biorkan ajer dgn kulitnya)

2-3 cili api (diketuk jer)

2 ulas bawang kecil (ditumbuk)

1 sudu makan serbuk/rempah sup (ibu guna yang Adabi)

1 biji limau kasturi

garam secukup rasa

note : kalo ade batang saderi dan karot, sila lah tambah..

 

Cara memasak:


  • basuh ayam bersih-bersih dan jerang dalam kuali @ periuk (ikut suka, janji masak), air tu bior penuh menutupi ayam, masukkan halia dan bawang putih , masak dengan api sederhana kuat


  • setelah 15 minit, masukkan rempah sup & kacau


  • sambil tunggu ayam tu agak2 empuk (kalo bawang putih tu dah macam lembik, kira ayam pun dah lembut la..), tumbuk bawang kecil.. dan masukkan ke dalam periuk & masukkan cili api yang telah diketuk..


  • perah limau kasturi (sila buang bijinya dulu ya)


  • kemudian, masak lah hingga betul2 daging dah lembut.. & rasakan garam


  • masukkan hirisan daun sup & daun bawang


  • dah siap boleh angkat..


  • kalo nak buat bawang goreng pun boleh


Ayam kampung ni dia berminyak, jadi tak perlu nak tumis bawang Winking smile

 

senang ajer kan.. nak tau rasanya, kenalah masak sendiri ya…

 



makan sup ayam kampung sambil merasmikan senduk comel baru dapat.. buahtangan dari kenduri kahwin… Thumbs up

 

 

note:

hari ni harga ayam naik lagi. RM9/kg

 


 

jika suka barangan kraf.. klik gambor coin purse ni




 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...