Khamis, 3 Mac 2011

Home » , , , » Operasi mencantikkan rumah – part 1

Operasi mencantikkan rumah – part 1





Salam bahagia,



Yang biasa jengah blog ibu, sure dah biasa dengan pemandangan background dinding rumah kami yang dah penuh dengan segala artwork anak-anak.. kalo tak biasa.. buleh la jengah2 n3 SINI, SINI, dan SINI (sekadar nak tunjuk beberapa… Boleh kata dah habis dah ruang dinding rumah diconteng..



Kome layan jer lah gambor yer.. nak ucapkan terima kasih pada Pak Ngah & Mak Ngah Miela suami isteri, sebab spnsor kan kami cat tu… 2 tong 7 liter cat warna ros pink & warna putih dan setengah tong cat warna pink…



proses sebelum cat rumah

En ayah siap ukur bahagian 'kecederaan' yang paling tinggi.. pastu tanda dengan  maskin tape... bukan tak mau cat seluruh dinding, tapi riso tak cukup cat...  ;)



cat dindingYang dok sebelah en ayah tu adalah si Aliya.. dia jadi mandur... hahhaha...



Memang tengah overhault rumah habis-habisan ni… tapi dah namanya “addicted mom-blogger”. Rumah berselerak pun tetap online… ekekekke… dasar tak sedor diri…



hall bersepah

Ni tengah mengemas kain baju anak2.. rupanya banyak baju2 yang dah tak leh pakai @ tak muat.. nak bagi orang pun malu, sebab dah lusuh sangat2.. jadi simpan dalam kotak.. incase takde kain lap, guna jer lah buat lap2... nak dibuang sayang, buat kain buruk jer la..



blogger tegar

Bukti.. betapa tegar nyer si ibu 3A nih.... kejap2 jengah, selesai 1 kerja... jengah lagi... hahahha... ni lah kojenya... btw, kain baju anak2 tu selesai dikemaskan dalam 1 hari.. sebab maksu tolong lipatkan.. ibu ni main bagi arahan jer... hehehe... dah lama tak memberi 'arahan'.. almaklumlah 4 tahun ni, semua kerja rumah buat sendiri. Tapi best juga bila ada yang menolong mengemas rumah.. kurang sket 'sakit kepala'.. ;)



hall dah cantik

Nampak.. dah comel kan hall kami... boleh  bandingkan keadaan asal di n3 INI. Pagi semalam, bangun pagi rasa macam berada di wad hospital mana tah.... hahhaha....



dinding kritikalIni antara area yang paling 'kritikal'... kena cat 4-5 lapis.. baru betul2 cover 'kerja seni anak-anak'.



dah kemas



Semalam, en ayah dah cat sikit area dapur dan bilik utama.. gambor tak sempat upload lagi ke lappy... hari ni mengemas kain baju dalam lemari besor di bilik utama pulak.. semalam dah fenin2 membuang habuk2 yang setebal salji..., mengemas bawah katil yang menyimpan segala harta karun mainan anak2.. yang bestnya jumpa rotan kat situ.. oohh, rupanya abang fikri buang rotan bawah katil ni yer.. ekekekke.. nampak sangat betapa tak rajin ni si ibu ni meng'overhault' rumah...



Sehari dua ni rasa aman sikit pandangan mata.. almaklumlah dah hampir 3 tahun hidup dalam rumah yang penuh dengan hasil seni anak-anak..



note : perasan tak ibu dah silap guna watermark... huhuuu... nasib lah... tu la bila dah banyak blog... lupa n3 ni nak publish kat blog mana...

sekian, kesah aktiviti di rumah kami.. ;)



Buat kawan2 yang sudah join contest Aksi si Cilik Berbasikal, senarai nama ade di page Peserta Contest Aksi si Cilik Berbasikal.

p/s

Result GA 3rd blog besday dah keluor yer.. check sini



salam kasih sayang,




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...