Isnin, 21 Mac 2011

Home » , , , , » Versi ayam golek

Versi ayam golek

 

Salam bahagia,

 

Kenapa ya ayam golek selalu dijadikan hidangan pengantin.. pastu kan ade setengah tu bila hidang ayam golek, buleh lupa nak letak pisau sekali.. dah tu sudahnya bukan pengantin yang dapat makan ayam golek tu.. huhuuu… Smile with tongue out takkan lah pengantin nak kena kopak ayam tu kan.. pastu pengapit pula ada yang jenis tak reti nak tolong layan pengantin… pernah jadi pengapit???!!

 



yang ni versi ayam golek bersiram… yang macam ni baru lah bagus..  Thumbs up dah siap garfu dan pisau kat tepi ayam golek… tapi cik pengapit sila lah tolong potongkan yer…

 



macam ni dikira sebagai ayam golek jugak kah…??!!. Winking smile

 

ini pulak…. yang buleh di masak sendiri, ..…maap le Bai.. tetiba jer kakyong teringat kat ayam golek Bai..

 

gambar di kidnap dari blog Bai

 

Kome leh jengah & amik resepi kat sini..  LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED Thumbs up yang ade oven tu apa lagi… moh le try… Winking smile

 

Bai, kakyong kidnap resepi ni.. untuk rujukan, kot2 lah ade rezeki nak buat sendiri.. ;)

 


LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Kiriman : Rosyanti


1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering (kalau beli kat BWY RM0.90 jer,beli kat pasaraya..tu yg jadi sebotol RM7.00 lebih tu)


Cara:

Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit.
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..makan dengan Coleslow pergghhh,,, tak caya cubalah..



 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...