Jumaat, 25 Mac 2011

Home » , , , , , » sesekala kaki ayam digoreng pun sodap!!

sesekala kaki ayam digoreng pun sodap!!

 

 

salam bahagia,

 

Rasanya boleh kata, kebanyakan anak2 suka makan kaki ayam.. selalunya dibuat sup jer.. tapi kat rumah kami ni… macam2 style masak dah cuba.. bakar dalam oven, direndangkan, masak kicap.. dan juga digoreng. Winking smile

 



 

kalo kena gaya & cara masakannya memang mabeles… anak2 ku makan sampai tinggal tulang.. Thumbs up

 



buktinya… Winking smile

 

Cara masak >> sangat simple

  • lepas dah cuci bersih2.. kita rebus dulu kaki ayam ni.. dalam  5 - 7 minit gitu, lama sikit pun tak apa.. nampak dah macam kembang isinya tu, kira okay dah.. api sederhana besar ya..

  • kemudian toskan, sejukkan dulu.. pastu gaul la dengan serbuk kari + sos tiram + garam sikit.. sukatan ni ikut selera masing2 lah yer.. kalo suka nak perap sekali dengan bawang (merah + putih) pun boleh.. nak tumbuk jintan @ guna serbuk jintan pun boleh.. selera masing2.. kalo nak guna bahan perapan cara tersendiri pun buleh.. boh la apa sahaja, janji sedap ditekak

  • nak perap berapa lama.. ikut suka.. kurang2 setengah jam


 



 

  • bila time nak goreng tu… celup la dalam telur (pukul2 manja sket) dan golek2 kan dalam tepung (ibu campur tepung gandum + tepung beras).

  • goreng le sampai garing…

  • dah siap untuk dihidangkan…


 

selamat mencuba.. Winking smile

 



 

 

 

mungkin ade antara kome yang berpeluang untuk memenangi coin purse comel ni..

jika minat dengan barangan kraf yg comel2.. sila klik coin purse ni ya..





 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...