Isnin, 7 Mac 2011

Home » , , , , » Kenduri adik bertunang

Kenduri adik bertunang

 

 

Salam bahagia,

 

Alhamdulillah, selesai sudah 1 majlis… memang sangat penat letih sakit seluruh badan lepas ajer majlis kenduri berlangsung.. Almaklum badan ni dah dikerah bekerja keras beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

 

Tahniah buat makTam.. keluarga kami akan bersambung jauh ke Melaka… Winking smile Melaka ni sangat nostalgik buat diri ibu… nanti bila2 buleh lah kami makan asam pedas Melaka free.. sepuas-puasnya… Open-mouthed smile

 

Gambor2 di majlis kenduri sebahagian besor ibu dah dowload ke FB. Atas permintaan adik-adik ibu letak le situ.. Ibu kan selalunya malas nak letak gambor kat FB.. sesiapa nak tengok leh klik sini Album kenduri. Yang belum add FB ibu, sila lah add yer.. Kakyong Habibah Yahya

 

.Ibu + makTam

 

Ini ajer lah satu2 daripada puluhan gambor yang ade muka ibu, siap aksi lentok kepala lagi..Smile with tongue out (muka original tu.. tak sempat nak make-up bagai..tu memang fresh dari dapur.. hangat kering rasa muka… hehehhe)… Winking smile Ibu kan suka snap foto orang jer.. tu pun pakcik Jeff dok cakap ibu ni main suka-suka jer snap sana sini.. mostly memang candid… tu la depa tak tau ibu ni blogger.. gambar-gambar tu semua bermakna & nilai tersendiri, walaupun main snap2 jer..

 



Majlis bermula dengan acara bacaan yaasin pada jam 11 pagi. Sebelum tu jam 10 pagi semua jemputan untuk majlis bacaan Yaasin dijamu dengan minum pagi.. Menunya (semua makbonda yang masak Smile with tongue out ): roti jala, kuah kari ayam, mee goreng, ketiow goreng, kuih seri muka, juga kek pisang (yang ini beli.. Winking smile ). Sori ya.. lupa nak snap gambor, sebab time ni ibu sibuk kat belakang (jadi cheff terjun la kekononnya.. sebab cheff yang dikhabarnya kan menolong tak muncul2.. )

 

 



Majlis penutup bacaan Yaasin adalah salawat beramai-ramai.. best benor rasanya sebab anak2 sedara pun siap selawat sama.. yang didapur pun sama.. Smile Thumbs up Tengok salam gambor Anis & Fikri pun nak join jugak.. sebab tiap malam memang ibu kena baca selawat untuk Anis.. Anis panggil ni doa panjang, sebab ibu akan baca selawat ni sampai dia tertidur.. tu yang Anis panggil doa panjang. Open-mouthed smile

 

Menu untuk minum pagi semua dimasak di rumah makbonda. Untuk makan tengahari, semua di masak dan disediakan di rumah ibu, kecuali sambal belacan makbonda yang buat. Menu untuk tengahari adalah : ayam masak merah, ikan masak cuka, kerabu mangga, kerabu pucuk paku + togeh, sambal belacan dan ulaman.

 

Rombongan dari Melaka sampai hampir jam 2 petang, (ibu ingat masa tu baru ajer lepas azan zohor.. tak lama lepas tu depa pun sampai..) itu pun hampir 10 minit kot depa sesat dalam taman kami, cari lorong ke rumah kami tak jumpa… hehehe… sebaik sampai, tak terus berbincang.. rombongan dari Melaka di jemput layan diri makan dulu… Smile dah kenyang makan & berehat jap baru lah mula berbincang..

 



 

Acara bincang-bincang ni.. ibu tak dengor time depa bincang2 ni.. sebab sibuk dok melayan anak2 makan.. sian betui kat anak2.. terabai jap anak-anak sebab ibu sibuk dari kat dapur sampai la nak sambut tetamu… bila tau depa tengah dok berbincang.. ibu pun snap jer gambor. Yang baju biru bersongkok tu TokSu, yang baju biru tidak bersongkok ayah dari pihak lelaki, Ayahnde yang berbaju putih, yang baju biru berbelang Pak Ngah Kebet, yang baju hitam putih tu PakTeh jas dan yang baju belang oren tu abang sulong pihak lelaki.

 



 

Alhamdulillah, dah selamat dah. Cincin dah bersarung. Pandai2 lah menjaga ikatan pertunangan.



Hampir jam 3.30 petang, rombongan dari Melaka pun beransur pulang.. jauh perjalanan tu, sian kat mak pihak lelaki.. tak berapa sihat rupanya, kerana anak diturutkan jua.. kami bekalkan lauk kenduri, siap boh dalam tipuware, siap dengan nasi sekali.. mana lah tau, singgah kat memana, buleh la makan. Next time, kena lah pesan bawak mangkuk tingkat.. senang nak isi lauk kenduri. Open-mouthed smile

 

Letih sungguh mengendalikan majlis kenduri kali ni. Almaklumlah kali terakhir kenduri yang dibuat di rumah kami adalah pada Jan 2008, kenduri naik buai Anis. Masa Aliya kami tak buat kenduri apa2 pun.. sian kat Aliya.. Disappointed smile

 

Actually hari ni masih tak habis lagi kerja mengemas.. adeiiih, sakit pinggang ibu, sebab pepagi ni dok menyental periuk.. ( tu pasal petang ni baru ade peluang nak ngadap lappy) nanti lah ibu cerita next n3.. ade sedikit rasa frust.. mungkin ibu buat n3 berpassword kot.. so sapa nak baca nanti, kena la emailkan ke admin@kakyong.com untuk dapatkan password.. dan ibu buka pada kawan2 blog yang dah biasa dengan ibu jer lah yer..

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...